Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

182) ISU RUMAH URUT DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik tahun 2017 jumlah rumah urut tanpa lesen PBT dikesan dan diambil tindakan ?

    Berdasarkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan yang berterusan oleh PBT Negeri Selangor, pada tahun 2017 didapati sebanyak 303 buah premis rumah urut yang dikesan beroperasi tanpa lesen dan telah melanggar syarat- syarat lesen yang ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan Tahun 2013. Pecahan mengikut PBT seperti berikut:-

     

     

    Bil.

     

    PBT

    Bilangan Rumah Urut Yang Dikesan Beroperasi Tanpa Lesen Oleh PBT Bagi Tahun 2017
    1. MBSA 31 premis
    2. MBPJ 43 premis
    3. MPSJ 94 premis
    4. MPS 27 premis
    5. MPKj 34 premis
    6. MPK 49 premis

     

    7. MPAJ 9 premis
    8. MPSp 2 premis
    9. MDKS 11 premis
    10. MDKL 2 premis
    11. MDSB Tiada
    12. MDHS 1 premis
    Jumlah Keseluruhan 303 premis

    ***Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

     

  2. Apakah tindakan yang telah diambil oleh PBT dan jabatan-jabatan kerajaan setakat ini?

    Tindakan yang diambil oleh PBT bagi kesalahan melanggar syarat lesen premis selain menutup premis serta merta, PBT juga akan membatalkan lesen perniagaan serta tindakan sitaan ke atas peralatan perniagaan dan mengenakan kompaun kepada pengusaha di bawah Undang-Undang Kecil yang berkaitan. PBT juga sentiasa menjalankan pemantauan dan siasatan ke atas premis-premis khususnya premis yang menjalankan perniagaan pusat kecantikan dan kesihatan bagi memastikan pengusaha mematuhi syarat lesen di bawa UUK Pusat Kecantikan dan Kesihatan. Selain itu, agensi berkaitan seperti pihak Polis, Imigresen, Pejabat Tanah dan JAIS telah melakukan operasi bersepadu dari semasa ke semasa di kawasan hot spot yang sering kali berlakunya kegiatan pelacuran dan khidmat

  3. Apakah faktor dan sebab yang menyebabkan PBT kurang berkesan untuk menyelesaikan isu ini?

    Antara faktor dan sebab mengapa isu ini tidak dapat ditangani secara total adalah:-

    1. Undang-undang yang digunapakai di PBT adalah terhad, tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah kepada premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan daripada pihak PBT;
    2. Denda yang dikenakan adalah rendah contohnya di bawah Undang- Undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan Tahun 2007, mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan UUK ini apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda yang tidak melebihi RM2000.00 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali; dan
    3. Kebanjiran warga asing yang dilihat tidak dapat dikawal contohnya pelancong yang menyalah gunakan pas lawatan di negara ini bagi tujuan bekerja.

     

    Dalam hal ini, PBT bukan satu-satunya agensi yang bertanggung jawab untuk menyelesaikan isu ini, malah agensi-agensi yang mempunyai bidang kuasa yang luas seperti PDRM dan Imigresen juga perlu dilibatkan. Sehubungan dengan itu, PBT serta agensi Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak PDRM dan Imigresen dalam menangani isu ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.