Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
207) ISU RUMAH URUT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Benarkah sejak Pakatan Rakyat memerintah, rumah-rumah urut bertambah jumlahnya ?
Kerajaan Negeri telah pun mengambil tindakan seawal tahun 2008 lagi dengan membekukan lesen rumah urut. Perkara ini masih dipantau secara serius oleh Kerajaan Negeri dengan bantuan PBT bagi memastikan gejala sosial dapat di kawal. Namun begitu Kerajaan Negeri masih membenarkan bagi urutan jenis urutan kaki refleksologi .
-
Berapakah jumlah rumah-rumah urut yang bertambah tersebut dan tolong senaraikan alamat lokasinya.
Berikut jumlah Rumah Urut Refleksologi dari tahun 2008 sehingga 2010:
PBT Bilangan Lesen Refleksologi Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Tahun 2008 Tahun 2009 Tahun 2010 MBSA 5 8 4 13 24 5 MBPJ 57 44 47 51 43 57 MPK 19 28 30 30 32 34 MPAJ 0 0 44 28 42 39 MPSJ 0 0 31 53 56 56 MPS 4 37 45 64 36 11 MPKj 8 15 24 57 86 96 MPSp 0 2 4 6 8 8 MDKS 0 0 0 2 4 7 MDHS 1 1 5 6 7 7 MDKL 1 3 5 9 11 11 MDSB 2 4 5 8 10 10 Jumlah 97 142 244 327 359 341 -
Apakah syarat-syarat untuk membuka rumah urut ?
Untuk makluman, Syarat –syarat untuk membuka rumah urut adalah berpandukan Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan 2007 di setiap PBT Selangor. Pihak PBT juga telah menyediakan garis panduan bagi pembukaan premis rumah urut. Di antara syarat-syarat untuk membuka rumah urut
- Pintu masuk pusat penjagaan kesihatan hendaklah diliputi cermin telus bagi keseluruhan daripada permukaannya dan pintu itu hendaklah tidak di kunci semasa waktu perniagaan.
- Had masa operasi dibenarkan sehingga pukul 1.00 pagi sahaja
- Pencahayaan dalaman hendaklah sentiasa terang
- Semua pusat penjagaan kesihatan kecuali yang merawat ‘wanita sahaja’ dilarang mengambil pekerja wanita beragama Islam kerana bertentangan dengan Seksyen 23 dan 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
- Pekerja asing perlu ada permit dari Jabatan Imigresen dan membuat pemeriksaan kesihatan