Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
196) ISU RUMAH TERBIAR DI RUMAH MURAH AWAM KOS RENDAH (RAKR) TAMAN DESA MAHANG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan berapa jumlah unit rumah terbiar di Taman Desa Mahang?
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat sebanyak 316 unit di Taman Desa Mahang.
-
Apakah ada usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini?
Berdasarkan rekod di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS), semua unit Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Taman Desa Mahang telah habis dijual. Oleh itu, unit-unit yang terbiar adalah bukan di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri kerana setiap unit mempunyai pemilik yang sah. Sekiranya terdapat aduan berkaitan kacau ganggu, Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 80 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pemilik bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyelenggaraan hartanah mereka.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan unit rumah terbiar ini dmanfaatkan, sama ada melalui program penyewaan mampu milik atau projek pemulihan?
Untuk makluman Yang Berhormat, unit-unit yang terbiar ini telah mempunyai pemilik yang sah. Sehubungan itu, ia tidak tertakluk untuk dimasukkan dalam program penyewaan mampu milik atau projek pemulihan. Namun, Kerajaan Negeri menggalakkan pemilik untuk menyelenggara dan memanfaatkan hartanah mereka bagi mengelakkan kesan negatif kepada komuniti sekelilling.