Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
95) ISU RDF
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status kajian dan penilaian terkini penggunaan Revised Derived Fuel (RDF) dalam pengurusan sisa pejal
Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Menteri Besar telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Isu-Isu Pengurusan Sisa Pepejal di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 21 Julai 2014 yang membincangkan khusus mengenai status terkini permasalahan yang timbul rentetan daripada kegagalan loji RDF berfungsi sejak April 2014. Mesyuarat tersebut telah memutuskan supaya langkah-langkah segera perlu diambil bagi menangani tersebut. Langkah- langkah tersebut adalah:
- Menjalankan penilaian prestasi syarikat pengoperasi RDF iaitu Recycle Energy Sdn. Bhd. (RESB). Perkara ini timbul apabila didapati bahawa antara punca masalah pengutipan sampah di kawasan MPKj adalah kegagalan loji RDF melaksanakan operasi penguraian sampah. Loji RDF merupakan usahasama secara penswastaan antara MPKj dan RESB bermula tahun 2004 dengan konsesi selama 30
- Tanggungjawab membuat kajian dan penilaian prestasi telah diamanahkan kepada Pegawai Tugas-tugas Khas di Pejabat Menteri Besar. Namun setelah berlaku perubahan kepimpinan, usaha kajian yang dimaksudkan tidak dapat
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk memperkenalkan teknologi pengurusan sisa pejal yang lebih mesra alam dan efisien di dalam proses pengurusan sisa pejal
Kerajaan Negeri mengambil serius perihal pengurusan sisa pepejal terutamanya berkenaan jangkahayat tapak Dalam hal ini, suatu Jawatankuasa Khas Pengurusan Sisa Pepejal Negeri Selangor (Task Force Sampah) telah dibentuk bagi mengenalpasti kaedah dan mencari penyelesaian terbaik secara menyeluruh.
Task Force ini telah melantik PE Research melaksanakan kajian Integrated Solid Waste Management Study for Selangor yang telah mencadangkan beberapa opsyen penyelesaian yang merangkumi kombinasi pelbagai teknologi termasuk aspek mesra alam bagi mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sampah. Antara kombinasi penggunaan teknologi yang dicadangkan adalah seperti berikut:
- Transfer Station (TS)
- Material Recovery Facility (MRF)
- Waste to Energy (WtE)
- Sanitary Landfill (SLF)
- Open Dump (OD)
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menyediakan 'transfer station' untuk memudahkan penghantaran sisa pejal ke lokasi tapak pelupusan sampah dan RDF di setiap zon PBT seluruh Selangor.
Pusat pemindahan atau transfer station merupakan salah satu cara yang paling efektif bagi meningkatkan kekerapan (frequency) kutipan sampah. Buat masa ini, hanya terdapat sebuah transfer station di Selangor iaitu Shah Alam Transfer Station (SATS) di Seksyen 21 yang dioperasikan oleh pihak Worldwide Holdings Berhad (WHB). SATS ini digunakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sesuai dengan faktor jarak dan lokasi. Namun demikian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain tidak dapat menggunakan fasiliti ini. Contohnya, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) perlu menghantar sisa pepejal terus ke Tapak Pelupusan Tanjung 12 di Kuala Langat yang jaraknya di antara 40 hingga 80
Kos pembinaan transfer station adalah lebih tinggi berbanding penyediaan tapak pelupusan sanitari kerana faktor kos peralatan mekanikal. Dengan adanya teknologi seperti itu, kesan sosial seperti bau busuk dan tumpahan leachate dapat diatasi jika dibandingkan dengan tapak pelupusan. Tambahan pula keluasan minimum untuk sebuah transfer station hanya 6 ekar dengan kapasiti 500tan/hari dan boleh dibina di kawasan perindustrian.
Justeru itu, pihak perunding bebas (PE Research) dengan bantuan agensi/jabatan Kerajaan juga telah mencadangkan beberapa lokasi untuk membangunkan transfer station. Namun demikian, cadangan-cadangan tersebut sering mendapat bantahan penduduk walaupun lokasinya jauh dari kawasan penempatan penduduk. Sindrom “not in my back yard” masih menebal di seluruh rakyat Selangor meskipun aspek-aspek sosial, topografi, pembinaan, alam sekitar dan kos telah diambilkira untuk menyelesaikan masalah ini dan sekaligus memberikan perkhidmatan kutipan sampah yang lebih baik.