Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
100) ISU PONDOK PENGAWAL DAN PERABOT JALAN RAYA TERSADAI SELEPAS KEGAGALAN PROGRAM GATED AND GUARDED TAMAT DI KAWASAN TAMAN PERUMAHAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Standard Operation Procedure (SOP) yang mesti dilakukan oleh setiap PBT untuk mempastikan kawasan Taman Perumahan yang gagal meneruskan Program Gated and Guarded mengalih dan merobohkan pondok pengawal, palang besi dan perabot jalan raya yang menjadi halangan dan eyesore pengguna jalan?
Berdasarkan SOP Permohonan Komuniti Berpengawal (Guarded Community) PBT akan mengeluarkan Notis Arahan kepada Persatuan Penduduk supaya mengalihkan halangan-halangan atau struktur pondok pengawal terbiar dalam tempoh 14 hari. Sekiranya pihak Persatuan Penduduk didapati gagal untuk mematuhi arahan dan mengalihkan halangan-halangan tersebut, PBT akan mengambil tindakan penguatkuasaan lanjut yang akan melibatkan operasi perobohan pondok pengawal berkenaan termasuk halangan-halangan yang terdapat di tapak.
Pemantauan berkala akan dijalankan oleh pihak Jabatan Penguatkuasa bagi memastikan struktur dan perabut jalanraya tidak menjadi halangan dan ‘eyesore’ pengguna jalan. Syarat-syarat bagi mengalih dan meroboh struktur selepas program yang diberi kelulusan tamat, akan dimasukkan di dalam sijil kelulusan bagi memastikan perkara di titikberatkan oleh pemohon/ persatuan penduduk.