Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

202) ISU PERUNTUKAN LUAR BANDAR DAN PERTANIAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sepanjang Oktober hingga Disember 2023 telah banyak aduan berkenaan jalan PLB dan parit/ jalan ladang JPS diterima dan diajukan kepada pihak tersebut oleh kami, berapakah nilai peruntukan yang sebenarnya diperuntukan kepada agensi ini setahun untuk setiap DUN?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi tahun 2023 dan 2024 melalui Peruntukan Pembangunan Negeri (MARRIS). Berikut adalah perincian peruntukan mengikut Daerah adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Daerah Perbelanjaan Tahun 2023 Peruntukan Tahun 2024
    1. Klang 131,361.50 200,000.00
    2. Hulu Langat 184,582.00 200,000.00
    3. Hulu Selangor 215,416.00 200,000.00
    4. Kuala Langat 199,994.21 200,000.00
    5. Kuala Selangor 668,634.00 600,000.00
    6. Sabak Bernam 599,963.00 600,000.00
      Jumlah 1,999,950.71 2,000,000.00

     

    Pihak UPEN – Seksyen Agihan dan Peruntukan (AP) tidak membuat penyaluran peruntukan mengikut daerah.

  2. Apakah kriteria perlaksanaan projek ini jika terlalu banyak aduan dihantar bagi pembaikan fasiliti ini?

    Berikut adalah kriteria pelaksanaan projek JPS di bawah Peruntukan Pembangunan Negeri (MARRIS):-

     

    1. Lebar permukaan jalan di antara 2.44m hingga 4.27m.
    2. Merupakan jalan masuk ke kawasan keluar/ masuk pertanian atau ladang ternakan.
    3. Pembinaan jalan yang mengikut Spesifikasi Piawai Kerja Jalan yang terkini pada masa tersebut ditetapkan oleh JKR kecuali bagi SRT III.
    4. Dibina di atas tanah rizab jalan/ izin lalu dan kebenaran oleh tuan tanah secara bertulis.

     

    Ketebalan lapisan minimum bagi Premix/ Gravel/ Earth adalah seperti berikut:-

    1. Surface Road Type (SRT) I: Premix/ Concrete/ Interlocking Block (50 mm)
    2. Surface Road Type (SRT) II: Gravel (100 mm)
    3. Surface Road Type (SRT) III: Laterite/ Earth (100 mm)

    Berikut adalah Jadual Kriteria Minimum Mengikut Kategori Jalan dari Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PB 3.6).

Lampiran

Tiada Lampiran.