Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
137) ISU PERUMAHAN YANG TIDAK DAPAT DIJUAL
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah nilai, tempoh dan unit perumahan yang tidak dapat dijual mengikut DUN.
- Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah unit perumahan dalam pembinaan dengan baki unit kosong mengikut daerah adalah seperti berikut :
DAERAH
BAKI UNIT KOSONG JENIS RUMAH SELANGORKU
(BELUM MENANDATANGANI PERJANJIAN
JUAL-BELI)
A B C D 1 PETALING 0 106 595 552 2 KLANG 3 20 39 295 3 HULU LANGAT 24 26 429 1093 4 GOMBAK 0 13 175 575 5 SEPANG 0 38 197 37 6 HULU SELANGOR 0 0 0 458 7 KUALA SELANGOR 0 0 132 273 8 KUALA LANGAT 16 57 0 457 9 SABAK BERNAM 0 0 36 42 JUMLAH 43 260 1,603 3,782 KESELURUHAN 5,688 UNIT Maklumat berkenaan nilai / harga jualan Rumah Selangorku mengikut Jenis adalah seperti berikut :
JENIS RSKU HARGA JUALAN JENIS A RM 42,000-00 JENIS B RM 100,000-00 JENIS C RM 150,000-00 hingga RM 210,000-00 JENIS D RM 220,000-00 hingga RM 250,000-00 -
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengurangkan masalah perumahan tidak dapat dijual?
- Setakat 1 Mac 2019, jumlah kekosongan unit Rumah Selangorku yang dalam pembinaan sejumlah 5,688 unit berdasarkan kepada jumlah pemohon yang masih belum memuktamadkan atau menandatangani perjanjian Jual-Beli. Berdasarkan baki kekosongan stok unit rumah tersebut, proses penawaran nama kepada pemohon telah pun dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pemohon Rumah Selangorku dan Hartanah Harga Kawalan yang diurusetiakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Susulan itu, pemohon tersebut masih dalam proses menyelesaikan urusan pembelian rumah melibatkan proses mengemukakan dokumen untuk semakan dan pengesahan LPHS, proses pengeluaran surat tawaran di LPHS, proses pemilihan unit rumah di peringkat pemaju, dalam proses mendapatkan pembiayaan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan / bank dan sebagainya sebelum proses perjanjian Jual-Beli ditandatangani. Oleh demikian, tiada isu dan masalah berhubung berkenaan masalah unit tidak dapat dijual memandangkan penjualan kepada pemohon masih berlaku sehingga