Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

146) ISU PERUMAHAN TAMAN PERMATA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula kawasan ini setelah penduduk berpindah?

    Untuk makluman YB Dengkil, tanah tersebut adalah tanah hakmilik yang dikenali sebagai lot 18979 dan telah didaftarkan pada 23 Mac 2004 di bawah Setiausaha Kerajaan Selangor (Perbadanan). Justeru, sebarang bentuk pembangunan adalah tertakluk kepada perancangan pemilik tanah itu

     

  2. Bagaimanakah permasalah penduduk yang tidak mahu berpindah akan diselesaikan oleh Kerajaan Negeri?

    b & c) dijawab bersekali

    Mengenai isu penduduk yang tidak mahu berpindah, Kerajaan Negeri telahpun menunaikan obligasinya (MMKN Bil. 21/2013 bertarikh 24 Julai 2013) dengan membuat pengambilan balik tanah, manakala tanggungjawab bagi kos pembinaan rumah teres adalah sepenuhnya ditanggung oleh pihak Kerajaan Persekutuan iaitu di bawah Persuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan dikawal selia oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) serta perlu mematuhi syarat-syarat teknikal oleh agensi- agensi Kerajaan Negeri.

    Untuk tujuan itu, Kerajaan Negeri telahpun selesai membayar pampasan terhadap pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan rumah awam kos rendah setingkat serta kemudahan awam ke atas geran 316181, lot 3859 (lot baru 17827) Mukim Dengkil, Daerah Sepang, seluas 30 ekar sebanyak dengan kos RM12,140,580.00 pada 3 November 2014.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju melalui keputusan MMKN Bil. 11/2016 supaya Pentadbir Tanah Sepang mengenakan kadar premium nominal kepada Persuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) seperti yang dipersetujui dalam perbincangan antara pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

    Oleh yang demikian, berbalik kepada isu penduduk yang tidak mahu berpindah, Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa rumah teres yang sepatutnya dibina oleh Kerajaan Persekutuan setakat ini masih belum siap dibina. Kerajaan Negeri percaya isu tersebut tidak akan berbangkit sekiranya rumah yang dijanjikan kepada penduduk siap dan diserahkan kepada penduduk.

  3. Apakah Kerajaan Negeri akan bersetuju bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membangankan PPR setelah penduduk berpindah nanti?

Lampiran

Tiada Lampiran.