Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
92) ISU PERMASALAHAN PERUMAHAN RAKYAT DI FLAT TAMAN PERMATA DENGKIL
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri bersedia untuk menyediakan tapak tanah yang sesuai untuk pembinaan rumah teres mampu milik seperti yang dituntut oleh penduduk di kawasan tersebut.
Kerajaan Negeri amat komited dalam menyelesaikan permasalahan rakyat di Negeri Selangor berasaskan visi Kerajaan Negeri sendiri iaitu untuk menjadikan Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan
Dalam isu ini, Kerajaan Negeri telah menyatakan persetujuan kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) untuk menyediakan tapak tanah seluas 30 – 34 ekar bagi tujuan pembangunan 400 unit rumah teres kos rendah satu (1) tingkat. Walau bagaimanapun, persetujuan ini adalah tertakluk sekiranya Kerajaan Persekutuan bersedia dan bersetuju untuk membiayai kos pembinaan pembangunan rumah teres kos rendah tersebut.
-
Sekiranya ada, di manakah lokasi sebenar tapak cadangan untuk pembinaan rumah teres tersebut.
Kerajaan Negeri telah mengenal pasti sebuah tapak di atas sebahagian Lot 5375 seluas 30 ekar milik syarikat Sime Darby Ampar Tenang Sdn. Bhd. yang terletak di Ampar Tenang, Mukim Dengkil, Daerah Sepang yang sesuai bagi tujuan pembangunan 400 unit rumah teres satu (1) tingkat untuk tujuan pemindahan penduduk Taman Permata Dengkil,
Tapak cadangan ini telah dikemukakan kepada pihak KPKT pada 17 September 2013 dan 23 Oktober 2013 untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan. Dan sekiranya dipersetujui, proses pengambilan akan dimulakan segera oleh pihak Kerajaan Negeri tertakluk sekiranya Kerajaan Persekutuan bersedia dan bersetuju untuk membiayai kos pembinaan pembangunan rumah teres kos rendah tersebut.
-
Adakah ianya melibatkan proses pengambilan tanah dari pihak swasta dan berapa lama proses ini akan dijangka selesai?
Berdasarkan tapak cadangan yang dikemukakan kepada pihak Kerajaan Persekutuan, ianya merupakan tanah hak milik syarikat Sime Darby Ampar Tenang Sdn. Bhd. Dalam hal ini, proses pengambilan tanah akan dilaksanakan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan kadar yang segera sekiranya pihak Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan tapak cadangan tersebut serta syarat yang dikenakan oleh pihak Kerajaan