Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

20) ISU PERLANTIKAN AHLI MAJLIS

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria yang digunapakai untuk melantik Ahli Majlis?

    Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan adalah berdasarkan Kriteria Asas dan Kriteria Tambahan.

    Kriteria asas: adalah merujuk Seksyen 10(2) dan 10(3) Akta 1976 (Akta 171) Seksyen 10(2), Akta 171

    “Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dilantik daripada antara orang-orang yang bilangan terbesar daripada mereka hendaklah orang-orang yang biasanya bermastautin dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu dan yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal Kerajaan Tempatan atau yang telah memperoleh kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion, perdagangan dan perindustrian, ataupun yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan kaum-kaum dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu”

    Seksyen 10(3), Akta 171

    “Tempoh jawatan bagi tiap-tiap seseorang Ahli Majlis tidak boleh lebih dari 3 tahun”.

    Kriteria tambahan yang telah diluluskan MMKN ke 22/2013 pada 31 Julai 2013 adalah seperti berikut:

  2. Selain dari Ketua Parti Politik di peringkat bahagian atau cabang, adakah cadangan dikemukakan oleh ADUN akan turut dipertimbangkan?

    Cadangan nama Ahli Majlis adalah ditentukan sepenuhnya oleh parti komponen. Oleh itu, cadangan oleh ADUN perlu dibincangkan dan dipertimbangkan di peringkat parti dan seterusnya diangkat untuk kelulusan Kerajaan Negeri.

  3. Berapakah elaun yang diterima setiap bulan oleh Ahli Majlis bagi setiap PBT setiap bulan?

    Kerajaan Negeri Selangor telah menyeragamkan kadar Elaun Tetap dan Elaun Mesyuarat bagi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdasarkan Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 6/2017 yang telah diadakan pada 15 Februari 2017. Perincian kadar Elaun Tetap Bulanan dan Elaun Mesyuarat Ahli Majlis setiap PBT bagi penggal 2018 hingga 2020 adalah seperti di Jadual 1.

    Pihak Berkuasa Tempatan Ahli Majlis
    Elaun Tetap Elaun Mesyuarat
    Majlis Bandaraya RM2,500.00 RM150.00
    Majlis Perbandaran RM2,500.00 RM100.00
    Majlis Daerah RM2,000.00 RM100.00

    Jadual 1: Kadar Elaun Tetap dan Elaun Mesyuarat Ahli Majlis PBT Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.