Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

111) ISU PERKUBURAN ISLAM DI BUKIT PERMAI II, DUN TERATAI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak kerajaan akan memperuntukkan zon buffer sebanyak 1 km dari kawasan perkuburan berkenaan demi menjaga pantang sesetengah penduduk setempat

    Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor menetapkan bahawa jarak terdekat ialah sekurang-kurangnya 12.2m ( 40 ) dan menyediakan buffer zon di antara tanah perkuburan dan punca-punca air untuk menjamin kesihatan umum mengikut ketetapan Jabatan Pengairan Dan Saliran serta Jabatan Mineral Dan Geosains

  2. Bilakah jalan-jalan alternatif untuk masuk ke kawasan perkuburan akan dibina?

    Jalan alternatif untuk masuk ke kawasan perkuburan hanya dapat dibina setelah MPAJ mendapat peruntukkan yang telah dipohon daripada pihak UPEN sebanyak RM4 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.