Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
22) ISU PENYELENGGARAAN JALAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan negeri terhadap jalan Ð jalan utama di Bandaraya Shah Alam yang berlubang dan tidak rata?
Tahap jangka hayat jalan bergantung pada jumlah bebanan kenderaan, reka bentuk
asas / permukaan jalan, cara pembinaan dan cuaca / alam sekitar. Jumlah panjang jalan
di MBSA adalah 1604 km. Senarai keutamaan jalan adalah bermula daripada jalan-jalan
protokol / utama (primary), jalan utama kawasan (secondary) dan jalan hadapan rumah
(tertiary). Dalam menyelenggara jalan, pihak MBSA memberi keutamaan kepada jalanjalan utama / protokol. Turapan semula dibuat apabila jumlah kerosakan di jalan
tersebut melebihi 40 % daripada jumlah keseluruhan permukaan, sementara
penampalan lubang dibuat sekiranya kurang 40% daripada jumlah keseluruhan
permukaan. Untuk tahun 2010, jumlah kerja-kerja pembaikan jalan adalah seperti
berikut :
Peruntukan MBSA : RM1,400,000.00
Peruntukan MARRIS : RM4,500,000.00 (jalan)
RM1,000,000.00 (saliran)
Pihak MBSA dalam peringkat menjalankan kerja-kerja (peruntukan MBSA) dan
peringkat mengeluarkan sebut harga (peruntukan MARRIS). -
Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk memulihkan sepenuhnya jalan Ð jalan yang berlubang, rosak dan tidak rata di sekitar Shah Alam setanding dengan kualiti Shah Alam sebagai sebuah bandar raya?
Dengan jumlah panjang jalan yang sangat tinggi (1604km), pihak MBSA bercadang
membuat pembaikan mengikut senarai keutamaan yang dimulai dengan jalan-jalan
utama / protokol (primary).