Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
190) STATUS TERKINI PEMBINAAN LADANG KHINZIR MODEN DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila beri maklumat terkini tentang status pembinaan Ladang Khinzir Moden Di Selangor.
Sehingga kini, Kerajaan Negeri masih belum menerima sebarang permohonan secara rasmi berkenaan dengan pembinaan Ladang Khinzir Moden atau Modern Pig Farming (MPF) walaupun kelulusan secara dasar berkenaan dengan perkara tersebut telahpun dibuat pada bulan Oktober 2018.
-
Berapa jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri sejak projek ini dikemukakan?
Bagi pelaksanaan projek tersebut, Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan memandangkan ianya akan dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat swasta yang berminat.