Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

190) ISU PENTERNAKAN KERANG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah faktor pengurangan hasil ternakan kerang khususnya di Kuala Selangor?

    Antara faktor-faktor pengurangan hasil ternakan kerang khususnyadi Kuala   Selangor   adalah :

    1. Masalah sumber yang dieksploitasi, melalui kecurian dan

    penyeludupan keluar benih kerang.

     

    1. Faktor semulajadi iaitu masalah tanah keras akibat pengumpalan kulit kerang di atas sedimen dan keadaan tanah yang berpasir di lot-lot ternakan kerang.

     

    • Benih serta induk kerang dibeli dan dipasarkan ke negeri-negeri lain.
  2. Apakah langkah Kerajaan dalam memastikan kelestarian habitat kerang terpelihara?

    Langkah-langkah Kerajaan dalam memastikan kelestarian habitat kerang             terpelihara   adalah :

    1. Pemetaan semula lot-lot aktif dan pewartaan zon ternakan kerang di sepanjang persisiran pantai Negeri Selangor yang terlibat seperti Klang, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

     

    1. Mempertingkatkan operasi penguatkuasaan terutama ketika musim benih kerang dalam menguatkuasaan Akta Perikanan 1985 (AP1985).

     

    • Jabatan Perikanan Negeri Selangor juga dalam proses mengemaskini “Standard Operation Procedure” (SOP) mengutip benih dan menternak kerang.

     

    1. c) Jabatan Perikanan Negeri Selangor telah mengambil langkah-langkah untuk     membantu meningkatkan pendapatan para nelayan secara amnya dan             penternak kerang khasnya antaranya ialah :
    2. Meneruskan program pemberian bantuan peralatan kepada Nelayan dan penternak kerang.

     

    1. Memperkenalkan inovasi seperti peralatan untuk meningkatkan hasil pengeluaran kerang dan hasil laut. (Contoh : Cockle Grader, Cockle Spat Sorter, tangguk moden)

     

    • Mempertingkatkan kemudahan di jeti-jeti pendaratan kerang dan hasil laut. (Contoh : Kren )

     

  3. Apakah langkah untuk membantu meningkatkan pendapatan para nelayan secara amnya dan penternak kerang khasnya?

Lampiran

Tiada Lampiran.