Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
196) ISU PENJUALAN SEMULA TANAH KERAJAAN NEGERI DI MUKIM IJOK KUALA SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kewajaran kerajaan negeri memberikan semula tanah yang dirampas sebelum ini daripada Syarikat LBCN Sdn. Bhd sedangkan kes itu didakwa masih lagi dalam proses pertikaian di mahkamah persekutuan?
Untuk makluman Yang Berhormat, tindakan Kerajaan Negeri melaksanakan pengambilan tanah bagi projek Alam Perdana adalah bagi menyelesaikan isu projek terbengkalai serta bagi memastikan hak 383 orang peserta bagi memiliki rumah sepertimana perjanjian yang telah dibuat oleh pihak peserta dan LBCN Sdn Bhd tercapai. Oleh itu, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi milik 7 hak milik tanah yang diambil kepada pihak Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sebagai pemilik tanah bagi tujuan meneruskan pemulihan projek terbengkalai dan menyelesaikan pengeluaran hakmilik individu dan tukar syarat tanah. Segala kos pengambilan tanah dan pemulihan projek dibiayai oleh MBI. Lanjutan itu, pihak MBI telah melantik Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai agensi pelaksana projek bagi pemulihan rumah teres yang terbengkalai kecuali 203 unit rumah teres yang mendap dan retak dimana kerja pemulihan telah dilaksanakan pada Januari 2012 manakala pemulihan 2,500 unit rumah kos rendah telah dimulakan pada 9 November 2009 di bawah pemulihan dan pembiayaan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sendiri. Kedua-dua projek ini telah dikeluarkan Sijil Layak Menduduki Sementara pada 27 April 2012 dan Sijil Layak Menduduki penuh diperolehi pada 01 Oktober
Untuk makluman Yang Berhormat juga, kesemua kes yang melibatkan LBCN Development Sdn Bhd telah pun diselesaikan melalui resolusi rundingan alternatif (alternative resolution dispute) di Mahkamah di mana kesemua saman yang difailkan oleh syarikat ini di Mahkamah telah pun ditarik balik oleh pihak- pihak tersebut. Kesemua pihak yang terlibat bersetuju dan akur terhadap satu penghakiman persetujuan di mana kesemua terma-terma persetujuan secara global (global settlement) telah direkodkan bagi dilaksanakan oleh pihak-pihak terlibat.
-
Bagaimana pula dengan nasib peneroka asal tanah berkenaan?
Untuk makluman Yang Berhormat, seramai 383 orang peserta bagi Alam Perdana telah berjaya mendapatkan rumah mereka sepertimana perjanjian asal yang dibuat oleh para peserta dan Syarikat LBCN Sdn Bhd hasil dari usaha Kerajaan Negeri membuat pengambilan tanah dan memberi milik kepada kepada pihak Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sebagai pemilik tanah bagi tujuan meneruskan pemulihan projek terbengkalai dan menyelesaikan pengeluaran hakmilik individu dan tukar syarat tanah. Segala kos pengambilan tanah dan pemulihan projek dibiayai oleh MBI. Lanjutan itu, pihak MBI telah melantik Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai agensi pelaksana projek bagi pemulihan rumah teres yang