Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
368) ISU PENJAJA TIDAK BERDAFTAR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dalam menangani kebanjiran penjaja-penjaja baru yang tubuh umpama cendawan selepas hujan akibat kelembapan ekonomi daripasca Covid-19, adakah polisi menghadapi situasi ini?
Kerajaan Negeri ingin memastikan golongan penjaja diberi peluang untuk berniaga di kawasan yang sesuai. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memutuskan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempermudah dan mempercepatkan kelulusan Lesen Penjaja Sementara sama ada secara manual atau dalam talian bagi mengatasi masalah penjaja tanpa lesen. PBT juga telah diminta untuk membantu para peniaga mengenal pasti tapak/ lokasi yang lebih banyak dan sesuai untuk dijadikan tapak penjaja sementara. Ini bagi memastikan kawalan keselamatan dan laluan trafik adalah terkawal dan mengelakkan kacau ganggu kepada masyarakat sekitar.
-
Adakah perancangan di peringkat PBT di Selangor bagi menangani isu ini?
Perancangan Kerajaan Negeri Selangor kepada semua PBT adalah seperti berikut:
- Menyediakan infrastruktur seperti kiosk, gerai dan pasar di dalam kawasan PBT;
- Menyediakan Tapak Penjaja Sementara Berpusat bagi menempatkan peniaga yang tidak mempunyai kos perniagaan yang tinggi;
- Menaiktaraf ‘platform’ penempatan penjaja sementara dalam Kawasan pentadbiran;
- Memberikan permit penjaja sementara selama 3 bulan bagi peniaga jalanan memulakan perniagaan dengan kos yang rendah;
- Memudahkan permohonan permit penjaja sementara dengan menyediakan permohonan secara atas talian (e-penjaja/ my-lesen);
- Menyediakan Latihan Keusahawanan dengan kerjasama agensi-agensi seperti Hijrah, PLATS,SIDEC, MAXIS, FAMA, DEFM dan lain-lain; dan
- Menyantuni penjaja-penjaja yang tidak berlesen melalui bancian secara berkala bagi memastikan isu penjaja tanpa lesen ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.