Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

244) ISU PENIAGA PASAR SUNGAI HAJI DORANI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bila tarikh papan tanda pasar Sungai Haji Dorani akan dipasang?

    Permohonan pemasangan papan tanda Sg Dorani dalam proses kelulusan JKR.

  2. Apakah perancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah pasar Sungai Haji Dorani yang semakin hari pengunjung dan pembeli berkurang?

    Perancangan MDSB utk menarik pelanggan ke Pasar Awam Sungai Haji Dorani adalah seperti berikut :

     

    • Memasang 4 unit papan tanda di tepi jalan persekutuan FR5 bagi menarik pengguna jalan raya singgah ke pasar awam tersebut terutamanya di hari cuti minggu dan cuti umum; dan

     

    • MDSB dengan kerjasama agensi pelancongan kerajaan seperti Tourism Selangor atau Tourism Malaysia boleh menjalankan promosi dan pemasaran yang lebih giat di media massa seperti facebook, tiktok, instagram dan twitter terutamanya di kawasan Sungai Nibong – Sungai Besar agar dapat menarik lebih pelancong ke kawasan ini. Cadangan MDSB adalah mempromosikan tempat – tempat yang menarik seperti homestay, restoran , kawasan padi dan pantai serta kilang- kilang IKS.

Lampiran

Tiada Lampiran.