Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
91) ISU Peniaga Pasar Baru Selayang Baru
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Peniaga pasar baru Selayang Baru memohon supaya caj parkir di kawasan tersebut dimansuhkan. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menangani masalah ini?
Pembangunan Pasar Selayang Baru merupakan salah satu pulangan kepada Kerajaan Negeri menerusi projek penswastaan yang dimetrai di antara Kerajaan Negeri Selangor dan tetuan Azam Azan Sdn Bhd (AASB) menerusi Perjanjian Penswastaan bertarikh 18 Ogos 1998. Bangunan pasar Selayang Baru ini merangkumi dua (2) aras ruang perniagaan basah dan kering. Manakala,empat (4) aras di atas (termasukrooftop) adalah merupakan ruang parkir yang diuruskan oleh pihak AASB sepanjang tempoh konsesi selama 30 tahun.
Selain dari pada perihal pengurusan ruang parkir oleh AASB sepanjang tempoh konsesi tersebut, perjanjian turut menyatakan hak pihak AASB untuk mengenakan caj parker kepada pengunjung yang meletak kenderaan di ruangan tersebut.Oleh yang demikian,selaras dengan semangat perjanjian penswastaan yang dipersetujui bersama AASB, pihak AASB mempunyai hak bagi menentukan kadar caj parkir yang bersesuaian bagi premis tersebut.
-
Bagaimanakah cara yang bakal kerajaan negeri lakukan bagi mengatasi isu air bertakung di kawasan bawah PAsar Baru Selayang Baru
Berhubung dengan isu air bertakung di kawasan bawah Pasar Baru Selayang Baru, dimaklumkan bangunan pasar Selayang Baru ini masih di dalam tempoh Defect Liability Period (DLP) sehingga 5 Oktober 2021. Justeru, kerja-kerja pembaikan kini sedang di dalam tindakan pihak AASB.