Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
282) ISU PENGELUARAN PASIR DI BANDAR SERI EHSAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pengeluaran pasir di Bandar Seri Ehsan mendapat kelulusan Kerajaan Negeri?
Kerajaan Negeri tidak memberi kelulusan dan tidak mengeluarkan permit bahan batuan di Bandar Seri Ehsan. Namun, berdasarkan rekod, terdapat permohonan permit Borang 4C yang telah ditolak oleh Pejabat Tanah Dan Daerah Kuala Langat disebabkan permohonan tidak lengkap. Kawasan yang terlibat kini sedang dimajukan sebagai kolam tadahan air berdasarkan kelulusan permit Majlis Daerah Kuala Langat (No. Permit : MDKL / BPST / 5 / 077).
-
Berapakah jumlah kapasiti pengeluaran yang dibenarkan? (Jika dibenarkan)
Tidak berkaitan.
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri sedar terdapat bantahan dari penduduk setempat berkenaan proses pengeluaran pasir ini?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mendapat sebarang bantahan daripada penduduk