Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

307) ISU PENGANJURAN PESTA ARAK (OKTOBERFEST)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar atau pendirian Kerajaan Negeri terhadap penganjuran pesta arak secara besar-besaran di Selangor?

    Soalan 302 & 305 dijawab secara bersekali.

    a) dan b)

    Permohonan untuk menganjurkan acara terbuka termasuk yang menghidangkan minuman keras perlu dirujuk bagi mendapatkan sokongan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Sokongan daripada PDRM menjadi asas kepada PBT untuk meluluskan sesuatu permit menganjurkan acara terbuka dan penganjur perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT termasuk mengambil faktor keselamatan dan kepatuhan kepada nilai-nilai moral masyarakat pelbagai kaum di Selangor.

  2. Apakah SOP yang diguna pakai oleh pihak PBT terhadap penganjuran pesta arak dari peringkat permohonan permit sehinggalah kepada penganjurannya?

Lampiran

Tiada Lampiran.