Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
27) ISU PENGAMBILAN TANAH DI KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT BAJA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status tanah adat orang asli di Kampung Bukit Baja yang akan dibangunkan oleh PKNS? Adakah mereka mendapat pampasan dan kemana mereka akan dipindahkan sekiranya kawasan mereka akan diambil?
Jawapan a dan b dijawab bersekali.
Tiada tanah adat orang asli di kawasan pembangunan PKNS kerana kawasan tersebut tidak pernah diwartakan sebagai kawasan orang asli. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa siri perbincangan serta sesi dialog bersama JAKOA dan orang asli bagi penyelesaian pampasan yang bersesuaian dengan keadaan semasa.
-
Adakah pampasan yang diberi bersesuaian dengan keadaan semasa?