Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
200) ISU PENDUDUK DI BUKIT DAMAR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapa pihak Majlis Perbandaran Sepang tidak dapat menyelesaikan isu jalan sambungan kekawasan ini daripada Cyberjaya?
Pihak Majlis Perbandaran Sepang telah menyediakan Pelan Induk Infrastruktur Bukit Damar yang melibatkan keluasan 1,013.03 Ekar yang akan diaplikasikan / dilaksanakan melalui kelulusan pelan pembangunan di kawasan lot tersebut. Rangkaian jalan – jalan tersebut akan bersambung ke jalan utama iaitu jalan sambungan Persiaran Selatan ke ELITE Highway yang mana pihak Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan pembinaan jalan tersebut kepada pihak GAMUDA SDN BHD, di bahagian utara. Manakala di bahagian selatan pula, rangkaian jalan – jalan tersebut akan bersambung ke jalan utama ke Cyber
-
Mengapakah pihak berkuasa negeri tidak dapat menyelesaikan masalah kecurian tanah yang berleluasa dikawasan ini?
Pihak Majlis Perbandaran Sepang telah mengadakan satu operasi bersama – sama Pihak Pejabat Tanah / Daerah sepang bagi memantau dan menyemak aktiviti – aktiviti kerja pengeluaran tanah di kawasan Bukit Damar ini. Untuk makluman, hasil semakan mendapati kawasan / lot tersebut tidak memiliki apa – apa kelulusan daripada pihak Majlis Perbandaran Sepang. Oleh itu, tindakan yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Sepang adalah dengan mengeluarkan Notis Arahan Berhenti Kerja dan Juga Notis Kesalahan serta pengeluaran kompuan ke atas lot – lot tersebut kerana menjalankan kerja – kerja tanah tanpa kelulusan Pihak Majlis Perbandaran Sepang. Selain itu, tindakan sitaan juga dilakukan kepada jentera – jentera yang
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadapa aktiviti pelupusan sampah haram dikawasan ini?
Jabatan Penguatkuasa MPSepang telah membuat lawatan tapak bersama agensi terlibat seperti Pejabat Daerah/ Tanah Sepang, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan dalaman MPSepang;
- Tindakan Majlis Perbandaran Sepang berkaitan perlupusan sampah haram ialah dengan menguatkuasakan tindakan sitaan sebanyak 26 sitaan dicatatkan sehingga Mac 2018;
- Setiap Agensi disarankan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang berkaitan; dan
- Jabatan Penguatkuasa sentiasa membuat pemantauan dan sitaan lori di lokasi secara berterusan sehingga