Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
109) ISU PENDIDIKAN DI DUN MERU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah sekolah berkepadatan tinggi di DUN Meru terutamanya di SMK Meru?
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah membina sebuah sekolah menengah baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar dengan kapasiti 28 buah bilik darjah yang telah beroperasi bermula Jun 2018 bagi mengurangkan kepadatan murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina sekolah KAFA di Sungai Kapar Indah yang kini masih lagi menyewa di bangunan kedai?
Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk membina bangunan KAFA di Sungai Kapar Indah.