Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

69) ISU PENDATANG ASING MENJALANKAN PERNIAGAAN TANPA LESEN PERNIAGAAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menangani isu pendatang asing tanpa izin yang menjalankan aktiviti perusahaan dan perniagaan khususnya warga Acheh (kedai runcit) dan Bangladesh (IKS - bengkel besi) tanpa lesen perniagaan?

    Kerajaan Negeri melalui PBT tidak meluluskan mana-mana lesen premis perniagaan kepada pendatang asing tanpa izin yang menjalankan aktiviti perusahaan dan perniagaan. Tindakan sitaan dan kompaun akan diambil ke atas premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan mengikut Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (PBT) 2007.

  2. Apakah perancangan dan tindakan kerajaan Negeri bagi menangani pendatang asing yang menjalankan perniagaan di dalam pasar pagi dan pasar malam?

    PBT sentiasa menjalankan pemantauan ke atas pemegang lesen yang menjalankan perniagaan. Sekiranya pemegang lesen gagal berada di tapak perniagaan atau tidak berada di tapak perniagaan semasa proses pemantau dijalankan, notis peringatan akan dikeluarkan kepada pemegang lesen. Seterusnya tindakan pembatalan lesen dan menyenaraihitamkan pemegang lesen akan diambil sekiranya berlaku kesalahan yang berulang.

    Selain itu, tindakan sitaan terhadap barang perniagaan juga akan diambil di samping mengenakan kompaun pada kadar yang maksima. Barang perniagaan yang disita ini tidak dikembalikan kepada peniaga sebaliknya akan dilupuskan mengikut prosedur sedia ada. Surat pemakluman kepada Jabatan Imigresen Malaysia juga akan dikeluarkan agar tindakan susulan terhadap warga asing ini dapat diambil di bawah akta berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.