Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
82) ISU PENCEROBOHAN TANAH OLEH PEMAJU DI JALAN MAKMUR 3/1, TAMAN BUKIT SERDANG
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah benar MBSJ telah meluluskan Pesat Bumi Sdn Bhd untuk membina jalan (Jalan Makmur 3/1, Taman Bukit Serdang) di atas tanah Geran Mukim Petaling No. 675, Lot 2269, Tempat Sungai Kuyow Settlement, Mukim Petaling tanpa pengetahuan dan kebenaraan pemilik tanah lebih daripada 10 tahun yang lalu?
Pemohon telah mendapatkan surat kebenaran untuk membina jalan 50 kaki daripada pemilik Lot PT2269 Hj. Nazman bin Puteh (610724-08-6013) sewaktu mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang yang telah diluluskan seperti pelan bil MPSJ.PS.260/1/1/423 bertarikh 22 November 2005.
-
Oleh kerana ia melibatkan 16 keluarga yang keluar masuk melalui jalan ini harian, bagaimana MBSJ akan menyelesaikan masalah ini?
Isu akses keluar masuk di Jalan Makmur 3/1, Taman Serdang Heights yang digunakan pada masa kini adalah selaras berdasarkan perkara berikut:
i) Permohonan Kebenaran Merancang Untuk Tukar Syarat Tanah Daripada Pertanian Kepada Bangunan (Perumahan) Dan Pecah Sempadan Tanah Di Bawah Seksyen 124A Kanun Tanah Negara (KTN) Di Atas Lot 2263, 2264, 2265, 2266, 2267, 2268, Mukim Petaling, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan pada 17 Mei 2005 daripada Pemaju Pesat Bumi Sdn. Bhd.
ii) Pihak Pemaju telah mengemukakan surat persetujuan bertarikh 7 Mei 2005 daripada pemilik asal tanah Lot 2269, Encik Nazman Bin Puteh (No. K/P: 610724-08-6013) bagi menggunakan sebahagian lot berkelebaran 50 kaki bagi tujuan rizab jalan oleh Pemaju Pesat Bumi Sdn. Bhd.
iii) Mesyuarat Majlis Perbandaran Subang Jaya bertarikh 27 Julai 2005 telah meluluskan permohonan ini secara dasar dan Borang C(1) Bil. MPSJ.260/1/423 serta pelan susun atur yang disahkan bil. MPSJ.PS.260/1/423 bertarikh 22 November 2005 dikeluarkan kepada pihak pemaju.
iv) Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat OSC Bil. 2/2008 bertarikh 21 Januari 2008 telah meluluskan permohonan Kebenaran Merancang penuh tersebut. Surat kelulusan permohonan pindaan pelan susun atur beserta Borang C(1) serta pengesahan pelan susun atur direkodkan sebagai MPSJ PS(B) 260/1/1/423 bertarikh 13 Mac 2008.