Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

21) ISU PENCEMARAN SUNGAI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan bilangan kes pencemaran sungai di Selangor mengikut daerah dari tahun 2020 sehingga 2024.

    Berikut adalah bilangan kes pencemaran sungai di Selangor mengikut daerah dari tahun 2020 sehingga 2024;

     

    Bil. Daerah 2020 2021 2022 2023 2024 Jumlah
    1. Sabak Bernam 0 0 1 0 0 1
    2. Hulu Selangor 15 8 17 25 13 78
    3. Kuala Selangor 3 0 0 16 11 30
    4. Gombak 4 10 6 18 29 67
    5. Klang 0 0 0 0 3 3
    6. Petaling 2 1 0 1 1 5
    7. Hulu Langat 9 45 46 13 16 129
    8. Kuala Langat 0 0 0 0 0 0
    9. Sepang 0 0 1 3 7 11
      Jumlah 33 64 71 76 80 324
  2. Adakah Kerajaan negeri akan meningkatkan tahap hukuman kepada syarikat-syarikat yang menyebabkan pencemaran sungai di Selangor?

    1. Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah meningkatkan tahap hukuman bagi kesalahan pencemaran sumber air dengan mengambil tindakan meminda undang-undang negeri iaitu Enakmen LUAS 1999 pada tahun 2020 seperti berikut;

     

    • menetapkan hukuman yang lebih berat iaitu:

     

    1. menjadikan hukuman penjara sebagai hukuman mandatori;

     

    1. menaikkan hukuman denda daripada maksimum satu ratus ribu ringgit kepada denda minimum dua ratus ribu ringgit dan maksimum sehingga satu juta ringgit bagi kesalahan mencemarkan sumber air tanpa lesen di bawah seksyen 79(4) Enakmen LUAS 1999;

     

     

    • memasukkan hukuman tambahan di bawah subseksyen 79(5) iaitu mana-mana orang yang disabitkan dengan kesalahan hendaklah membayar semua perbelanjaan yang dilakukan oleh LUAS untuk membaiki atau memulihkan apa-apa pencemaran yang disebabkan oleh kesalahan di bawah seksyen 79 tersebut; dan

     

    • Memasukkan pencemaran bau sebagai salah satu elemen pencemaran di bawah seksyen 79(1)(c), Enakmen LUAS 1999.

Lampiran

Tiada Lampiran.