Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
26) ISU PENCEMARAN SUNGAI BERJIRAN DENGAN LEMBAH JAYA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan menangani isu pembuangan sampah haram dan pencemaran sungai di Lembah Jaya, terutamanya di Sungai Klang yang bersempadan dengan kawasan ini?
Kerajaan Negeri melalui LUAS dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu pembuangan sampah haram dan pencemaran sungai di Lembah Jaya dan sempadan Sungai Klang seperti berikut:
- Melaksanakan pemantauan berkala di kawasan lembangan sungai dan mengambil tindakan bagi sebarang aduan berkaitan aktiviti yang menyebabkan pencemaran di bawah Enakmen LUAS 1999 yang dipantau melalui Jawatankuasa Pengurusan Aduan LUAS pada setiap bulan;
- Penyelarasan tindakan bersepadu dilaksanakan bagi isu pembuangan sampah haram dengn Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah berdasarkan bidang kuasa agensi masing-masing. Jika melibatkan isu pencemaran sumber air tindakan penguatkuasan akan diambil di bawah Enakmen LUAS 1999;
- Melaksanakan River Monitoring Program, RMP dengan pendekatan blok pemantauan kualiti air di sepanjang rizab sungai termasuk Sungai Ampang dan sempadan Sungai Klang di Lembah Jaya. Pelaksanaan pemantauan RMP melalui Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang yang diadakan 4kali/tahun bagi mengenalpasti status kualiti air di outfall aliran ke sungai dan juga pengenalpastian punca pencemaran untuk tindakan susulan bersama agensi berkaitan;
- Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS juga sedang menggerakkan inisiatif dasar Polluters Pay Principle (PPP) dan Zero Discharge Policy (ZDP). Polisi ini adalah pendekatan untuk meningkatkan kebertanggungjawaban sektor pembangunan dan ekonomi terhadap sumber air dan alam sekitar;dan
- Memperkasa dan menggalakkan program komuniti setempat iaitu Program Friends Of River (FoR). Komuniti yang terlibat dalam program FoR ini juga akan membantu pihak LUAS untuk memantau dan memaklumkan terus kepada LUAS sebarang isu pencemaran disamping memelihara dan memulihara kawasan rizab sungai.
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut menjalankan pelbagai cara dalam menangani isu ini di kawasan pentadbiran MPAJ seperti pengedaran notis tatacara pengurusan sampah kepada penduduk sekitar, tindakan penguatkuasaan secara kompaun dan menjalankan pemantauan berkala.
-
Apakah inisiatif kesedaran awam yang akan dilaksanakan untuk mendidik penduduk tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar?
Kesedaran rakyat mengenai kebersihan persekitaran perlu dipupuk secara berterusan bagi mewujudkan rasa kebertanggungjawaban bersama (shared responsibility). Untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan menjaga kebersihan, beberapa inisiatif boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti dalam membantu mendidik masyarakat dalam aspek kebersihan dan kelestarian alam seperti berikut:
i. Menjalankan Program Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sungai seperti Smart Ranger Training of Trainer bagi Jawatankuasa Kerja Ampang Jaya Smart Selangor Mampan (SSM) 2035 dan Jawatankuasa Kerja Ampang Jaya Bersih, Indah dan Sihat (BIS) yang telah dilaksanakan seperti berikut:
ii. Menggalakkan aktiviti sukarelawan dengan penglibatan komuniti melalui penubuhan Friends of Rivers (FoR) dalam penjagaan sungai melalui aktiviti KUDAH (Kutip Sampah Sambil Riadah) bermula tahun 2021. Sehingga kini sebanyak tujuh (7) program KUDAH telah dilaksanakan seperti berikut:
iii. Kerjasama dan penglibatan dengan Jabatan dan Agensi seperti Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam menjalankan program penjagaan alam sekitar seperti penganjuran aktiviti Qua-Qua (Quantity dan Quality) yang dikendalikan oleh pihak LUAS berkenaan cara/kaedah yang bersesuaian untuk mengenal pasti dan menilai tahap kualiti air sungai di kalangan komuniti khasnya golongan kanak-kanak dan remaja.
iv. Menjalankan kempen kesedaran dan promosi pendidikan penjagaan alam sekitar melalui penganjuran taklimat kesedaran, pameran, edaran risalah dan poster di kawasan awam, sekolah dan lain-lain.
v. Promosi dan kempen pendidikan dan kesedaran berkaitan penjagaan sungai secara meluas kepada masyarakat melalui pelbagai saluran media seperti:
- Media sosial (Facebook, Instagram, Twitter. TikTok, WhatsApp);
- Media elektronik dan Media cetak;
- Hebahan melalui billboard, iklan di pengangkutan awam, LED board, community board;
- Media digital (website, portal, e-magazine, e-book).
vii. Menjalankan pemantauan terhadap air sungai secara berkala dengan melakukan aktiviti persampelan air sungai untuk mengenal pasti tahap kualiti air sungai.