Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

126) ISU Pencemaran Sumber Air Mentah/Sungai

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah benar Peguam Negara tidak pernah mengambil tindakan terhadap kes pencemaran air sungai di Selangor?

    Tidak benar kerana Peguam Negara akan menerima kertas-kertas siasatan yang berkaitan dengan pencemaran sumber air di Selangor supaya izin di bawah seksyen 110 Enakmen LUAS 1999 dapat diberikan bagi menjalankan pendakwaan.

    Selain daripada Timbalan Pendakwa Raya sendiri yang menjalankan pendakwaan, terdapat beberapa kes yang dibawa oleh pegawai pendakwa LUAS melalui kebenaran untuk menjalankan kuasa-kuasa mendakwa di bawah seksyen 377(b) Kanun Prosedur Jenayah.

    Senarai tindakan pendakwaan yang telah diambil bagi kesalahan-kesalahan berhubung pencemaran sumber air di Selangor adalah seperti di LAMPIRAN A. *Juga menjawab pertanyaan mulut Bil.24(a), Bil.42(b)&(c), Bil. 126(a) , Bil. 132(b) , Bil. 165(c) , Bil. 270(b) & pertanyaan bertulis Bil 14(a)&(b).

  2. Adakah Kerajaan Negeri berjaya melibatkan NGO Sahabat Sungai di dalam membantu pengurusan lembangan sungai di Selangor?

    Penglibatan NGO dan komuniti dilaksanakan melalui inisiatif Friends of River (FoR) Negeri Selangor yang telah dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Hari Sungai Sedunia 2020 pada 26 September 2020. Sehingga kini, terdapat sekurang-kurangnya 40 FoR yang telah diwujudkan. FoR ini memberi laporan kepada LUAS berkenaan aktiviti-aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan sungai yang dijalankan, serta aduan-aduan berkaitan aktiviti-aktiviti mencurigakan di kawasan lembangan sungai untuk diambil tindakan segera.

Lampiran

Tiada Lampiran.