Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

125) ISU Pencemaran Air Sungai Dan Gangguan Bekalan Air

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan dapat menambah baik sistem penguatkuasa untuk mengawalselia kerja kerja yang berkaitan pada zon penampan/takungan sumber air yang boleh mengakibatkan pencemaran akibat sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini?

    Ya, Kerajaan Negeri melalui LUAS giat menjalankan pemantauan melalui Ops Sumber Air bermula pada Mac 2020 sehingga kini bagi memastikan sungai utama dan anak-anak sungai berada di negeri Selangor di dalam keadaan baik dan selamat untuk dirawat.

    Pasukan pemantau menjalankan tindakan pemantauan bersifat proaktif di kawasan-kawasan sumber air mengikut lembangan sungai yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran. Tindakbalas yang pantas dari pasukan pemantauan dapat membendung kegiatan pencemaran berlaku dengan menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis, pemeriksaan syarat-syarat umum dan khusus lesen lembaga serta rondaan yang berdekatan di sekitar kawasan-kawasan penting. (Loji Rawatan Air).

    Pada masa yang sama juga, pasukan pemantau juga akan segera ke lokasi pencemaran bagi menyiasat punca-punca pencemaran berlaku dan tindakan pantas mengawal pencemaran agar kualiti dan kuantiti pencemaran air sungai terus ke loji rawatan air dapat diminimakan dan seterusnya diatasi.

  2. Adakah kerajaan negeri dapat menambah bilangan penguatkuasa bagi proses pemantauan?

    LUAS telah mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Skuad Pantas LUAS dalam menjalankan kerja-kerja pemantauan sumber air di negeri Selangor. Skuad Pantas LUAS berperanan memastikan keadaan sumber air dalam keadaan terpelihara dan sentiasa berada di kawasan-kawasan sungai dan anak sungai untuk pemantauan, rondaan, siasatan, risikan dan pematuhan kepada peruntukan perundangan sumber air di Selangor.

    Mesyuarat Lembaga Bil. 2/2020 bertarikh 18 Ogos 2020 telah meluluskan Cadangan Trade Off Perjawatan Kontrak (Contract of Service, CoS) Sedia Ada dan Pewujudan Perjawatan Baharu Secara Kontrak (CoS) bagi Menggangotai Skuad Pantas di Lembaga Urus Air Selangor melibatkan pertambahan kakitangan sebanyak 15 orang terdiri seperti berikut:

    1. Jurutera J41 (1 Perjawatan);
    2. Penolong Jurutera Gred JA29 (5 Perjawatan); dan
    3. Pembantu Awam Gred H11 (9 Perjawatan).

     

    Skuad Pantas LUAS akan beroperasi 24 jam sehari secara shif (3 shif) dengan menjalankan fungsi-fungsi seperti berikut:

    1. Melaksanakan pemantauan 24 jam di kawasan sensitif sumber air di Lembangan Sungai di Negeri Selangor bagi mencegah berlakunya pencemaran sumber air dan meminimakan risiko henti tugas Loji Pembersihan Air;
    2. Mengurusetiakan Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor dan melaksanakan penyelarasan bersama agensi dan pihak berkepentingan selaras dengan Manual Pelan Tindakan Kecemasan Sumber Air Negeri Selangor; dan
    3. Menyelaras pemantauan dan pensampelan berkala seperti Kajian Kebersihan di lembangan sungai bagi pemantauan status kualiti air dan penyediaan Laporan Pemantauan Lembangan Sungai.

Lampiran

Tiada Lampiran.