Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

59) ISU PENAIKTARAFAN INFRASTUKTUR SECARA SISTEMATIK DI KAMPUNG BARU SERI KEMBANGAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana pihak MPSJ akan menganti dan membaiki infrastuktur asas seperti jalan dan longkang yang lama dan rosak secara sistematik di Kampung Baru Seri Kembangan?

    Pembaikan secara turapan akan dijadualkan melalui projek MARRIS secara berperingkat dan bergantung kepada peruntukan yang diluluskan, walau bagaimanapun pembaikan secara “patching” melalui penyelenggaraan tahunan turut dilaksanakan.

  2. Adakah MPSJ akan menyediakan satu infrastructure blueprint untuk kampung tersebut?

    Penaiktarafan parit perlu dibuat secara menyeluruh dan memerlukan belanja yang besar. Perancangan penambahbaikan infra di Kampung Baru Seri Kembangan ada digariskan di dalam Rancangan Tempatan 2035. Walau bagaimanapun pelan tindakan perlu diperincikan beserta rekabentuk dan anggaran harga.

Lampiran

Tiada Lampiran.