Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
15) ISU PEMUTIHAN PREMIS HARAM BESI BURUK
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah premis haram yang masih beroperasi di setiap PBT?
Bilangan premis besi buruk atau barang kitar semula tanpa kelulusan yang masih beroperasi di setiap PBT adalah sebanyak 441 premis. Perincian premis mengikut PBT adalah seperti berikut:
PBT BILANGAN PREMIS HARAM YANG MASIH BEROPERASI
MBSA 47 MBPJ 32 MPK 167 MPAJ 15 MPSJ 0 MPS 47 PBT BILANGAN PREMIS HARAM YANG MASIH BEROPERASI
MPKj 33 MPSp 13 MDKL 57 MDHS 9 MDKS 21 MDSB 0 JUMLAH 441 Nota : Sumber maklumat daripada setiap PBT
-
Apakah KNS mempunyai rancangan untuk pemutihan premis besi-besi buruk yang tidak ditempatkan di lokasi yang ditetapkan oleh PBT?
Setakat ini Kerajaan Negeri tiada satu program khas bagi memutihkan premis ini khususnya di luar kawasan industri. Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan berdasarkan aduan daripada orang awam.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga dalam proses perbincangan untuk meneliti dua (2) cadangan berikut:
- Membenarkan sebahagian daripada aktiviti kitar semula ini beroperasi di kawasan komersil.
- Mengeluarkan lesen perniagaan sementara kepada premis, sementara menunggu kelulusan permit daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan sokongan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
-
Adakah tempoh maksima masa yang di tetapkan oleh PBT untuk premis itu dipindahkan?
Sama seperti di SUB(b)