Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
135) ISU PEMUTIHAN KILANG HARAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila menyatakan jumlah permohonan Pemutihan Kilang Haram mengikut setiap daerah bagi tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016.
Jumlah permohonan bagi Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) di Negeri Selangor (sehingga tahun 2016) adalah seperti di Lampiran A.
JUMLAH PERMOHONAN TUKAR SYARAT TANAH MENGIKUT DAERAH (SEHINGGA TAHUN 2016)
BIL. DAERAH JUMLAH BIL. PERMOHONAN LOT KILANG 1. Petaling 952 1089 834 2. Klang 761 848 178 3. Hulu Langat 351 428 170 4. Gombak 137 157 43 5. Sepang 64 55 2 6. Kuala Langat 177 197 92 7. Kuala Selangor 34 149 4 8. Hulu Selangor 23 53 11 9. Sabak Bernam 24 22 12 JUMLAH 2,523 2,998 1,346 -
Berapakah hasil kutipan penukaran premium yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri, berapakah permohonan yang gagal menjelaskan bayaran bagi tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016? dan
Hasil kutipan premium yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri adalah seperti di Lampiran B.
HASIL KUTIPAN PREMIUM YANG DIPEROLEHI OLEH KERAJAAN NEGERI (SEHINGGA TAHUN 2016)
BIL. DAERAH PREMIUM TAMBAHAN LOT DIBAYAR (RM) 1. Petaling 749 89,359,993.34 2. Klang 134 29,428,170.10 3. Hulu Langat 146 51,179,214.80 4. Gombak 25 5,528,344.05 5. Sepang 1 133,256.25 6. Kuala Langat 63 8,450,882.00 7. Kuala Selangor 1 303,262.00 8. Hulu Selangor 5 810,845.00 9. Sabak Bernam 4 490,009.00 JUMLAH 1,121 185,683,976.54 -
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pemilik kilang yang gagal menjelaskan bayaran premium?
Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 127 Kanun Tanah Negara 1965 jika berlaku pelanggaran syarat tanah.