Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

133) ISU PEMINDAHAN HAK MILIK RUMAH DI LESTARI PUTRA DAN SAUJANA PUCHONG TIDAK SELESAI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian Kerajaan Negeri tentang isu ini dan apa tindakan kerajaan bagi penyelesaian?

    Isu pemindahan hak milik rumah di Lestari Putra dan Saujana Puchong timbul ekoran daripada pemaju iaitu Lestari Puchong Sdn. Bhd. yang telah diistiharkan muflis sebelum urusan pindahmilik kepada para pembeli diselesaikan. Pihak PDT Petaling telah mengadakan mesyuarat penyelarasan pada 05 September 2024 bagi membincangkan tindakan penyelesaian memandangkan terdapat lot-lot yang mempunyai cukai tanah tertunggak. Tindakan penyelesaian akan dilaksanakan secara berperingkat bersama pihak pelikudasi yang dilantik oleh Mahkamah Tigggi iaitu Ler Lum Advisory Services Sdn. Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.