Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

24) ISU PEMILIKAN RUMAH BAGI GOLONGAN M40 YANG TIDAK LAYAK MENDAPAT BANTUAN B40 TETAPI TIDAK MAMPU MEMBELI RUMAH PASARAN TERBUKA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Walaupun pendapatan isi rumah di luar bandar signifikan rendah, sedangkan harga rumah dan kos membina rumah meningkat, bagaimanakah kerajaan bercadang menyelesaikan isu pemilikan rumah bagi golongan M40 yang tidak layak mendapat bantuan B40 tetapi tidak mampu membeli rumah pasaran terbuka?

    Untuk makluman Yang Berhormat, golongan M40 atau pertengahan adalah berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan antara RM5,250 hingga RM11,189.

    Berdasarkan kepada purata bulanan pendapatan tersebut, golongan M40 layak untuk memohon Rumah Selangorku Jenis B, C, D, E atau hartanah rumah harga kawalan. Pemohon perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Terkawal Negeri Selangor. Penawaran kepada pemohon akan dibuat berdasarkan merit setelah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

    Sekiranya pemohon didapati tidak layak untuk memiliki Rumah Selangorku, sebagai alternatif, golongan M40 ini boleh memohon untuk menyertai Skim Smart Sewa.

Lampiran

Tiada Lampiran.