Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
275) ISU PEMBUANGAN SAMPAH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kemajuan dari sudut tindakan dan penyelesaian terhadap isu pembuangan sampah di kampung-kampung tradisi di DUN Semenyih, khususnya di kawasan Beranang?
Tapak pembuangan sampah sedia ada di kawasan kampong tradisi di Dun Semenyih adalah tapak sampah sementara yang diguna pakai untuk kemudahan penduduk sekitar melupuskan sampah secara percuma walaubagaimanapun,tapak-tapak sampah ini telah menjadi tapak perlupusan sampah haram yang tidak terurus dimana terdapat individu-individu dan peniaga yang mengambil kesempatan melupuskan sampah-sampah mereka di tong sampah awam yang disediakan. Oleh yang demikian, longgokan sampah ini telah mengakibatkan peningkatan aduan serta mencacatkan pemandangan kawasan sekitar.MPKJ telah mengambil beberapa anisiatif dengan mengadakan perjumpaan dan mesyuarat bersama ketua-ketua kampung agar memberikan lokasi tapak pembuangan sampah yang baru dimana tapak-tapak sampah baru ini akan ditempatkan di dalam kawasan kampung masing-masing. MPKJ amat mengalu-ngalukan sekiranya terdapat cadangan tapak baru yang sesuai dan mendapat persetujuan penduduk kampung.
-
Apakah pula tindakan dan penyelesaian yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap pengurusan sampah di pangsapuri yang tiada Badan Pengurusan Bersama @ JMB?
Perkhidmatan yang diberikan oleh MPKJ kepada pangsapuri yang tiada Badan Pengurusan Bersama @ JMB adalah merangkumi Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal (7 Kali Seminggu) dan kutipan Sisa Pukal (1 Kali Seminggu)