Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
33) ISU PEMBINAAN PERPUSTAKAAN AWAM DI DAERAH SEPANG
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Setakat ini apakah status projek pembinaan perpustakaan awam di Daerah Sepang?
Status projek pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang memerlukan semakan semula disebabkan 4 lot kedai berkeluasan 25,696 kaki persegi yang dicadangkan tidak bersesuaian sebagaimana Laporan Teknikal JKR ketika lawatan tapak pada 9 September 2016. Di antara isu yang dibangkitkan ialah:
- Bebanan dan rekabentuk tidak bersesuaian untuk tujuan perpustakaan
- Tiada ruang untuk sub station TNB dan memerlukan kerja pecah bagi pemasangan kabel elektrik, ICT dan telefon
- Ketiadaan ruang yang bersesuian bagi keperluan bomba seperti hose reel dan pam air
- Aras siling yang terhad menyebabkan pencahayaan lampu yang kurang optimum dan kipas siling tidak boleh dipasang.
Oleh itu, Perpustakaan dipinta untuk membentangkan di dalam MTES cadangan Perpustakaan Daerah Sepang dengan mencari lot yang bersesuaian atau pembinaan bangunan baru di atas tanah berkeluasan 7 ekar PT:4136, H.S.(D):
42193 Mukim Dengkel sebagaimana yang telah diperuntukkan.
-
Bilakah projek ini akan dijalankan?
Perpustakaan telah diperuntukkan RM 6 juta di dalam RMKe 11 bagi tujuan pewujudan Perpustakaan Daerah Sepang. Namun disebabkan isu di atas Perpustakaan hendaklah mengemukakan cadangan baru atau keperluan bajet tambahan bagi pembinaan bangunan baru Perpustakaan Daerah Sepang. Dijangkakan akan dijalankan pada tahun 2018 dengan memenuhi semua prosedur yang ditetapkan begitu juga kemampuan kewangan.
PERINCIAN STATUS PERPUSTAKAAN DAERAH SEPANG
Bil. Perkara
Catatan
Rujukan
1.
Tapak Perpustakaan
Daerah Sepang
Pejabat Tanah & Daerah Sepang telah meluluskan pemberimilikan tanah PT: 4136 dan H.S. (D): 42193, Mukim Dengkel Daerah Sepang yang berkeluasan 7 ekar untuk tujuan pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang.
Lampiran
1
2.
RMKe11 (2016-
2020)
PPAS telah mengemukakan kertas kerja bagi pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang dengan kos RM 36 juta.
Lampiran
2
3.
Peruntukan
Pembangunan 2016
PPAS telah diperuntukan RM 6 juta bagi Perpustakaan Daerah Sepang dengan cadangan pembelian lot-lot kedai di Bandar
Baru Salak Tinggi
Lampiran
3
4.
Lot Kedai Bandar
Baru Salak Tinggi
Dengan peruntukan yang diterima berjumlah RM 3.5 juta bagi tahun 2016. PPAS telah membuat tindakan bagi pembelian lot-lot kedai sebagaimana berikut:
Lot Area Total 19
‐ 1,474 sq.ft (ground floor) ‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd,
& 3rd floor)
6,424
sq.ft/lot
21
‐ 1,474 sq.ft (ground floor)
‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd,
& 3rd floor)
6,424
sq.ft/lot
23
‐ 1,474 sq.ft (ground floor)
6,424
‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)
sq.ft/lot 25
‐ 1,474 sq.ft (ground floor)
‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd,
& 3rd floor)
6,424
sq.ft/lot
Jumlah 25,696 sq.ft 5.
Status pembelian lot kedai
Dokumen perjanjian pembelian (sale & purchase agreement) diantara PPAS dan PNSB pada peringkat akhir dan sedia dimuktamadkan untuk ditandatangani bagi pembelian lot-lot kedai iaitu 4 lot rumah kedai 4 tingkat di Jalan 4, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang dengan harga hampir RM
3 juta.
Lampiran
5
6.
Lawatan tapak
PPAS,UPEN dan JKR telah membuat lawatan tapak pada 9 September 2016 melibatkan aspek-aspek seperti berikut:
Ø JKR Sepang – kerja-kerja struktur
Ø JKR Selangor – kerja-kerja elektrikal & mekanikal
7.
Ulasan Teknikal JKR
Ringkasan ulasan JKR adalah seperti berikut:
Lampiran
6
Agensi Ulasan JKR Sepang
(teknikal)
Ø Bangunan sedia ada berbentuk rumah kedai dan dikhuatiri bebanan dan rekabentuk bagi perpustakaan adalah tinggi berbanding struktur asal bangunan. JKR Ø Sub-station TNB perlu Selangor (elektrik & mekanikal) disediakan, namun tiada ruang yang bersesuian. Ø Pemecahan lantai bagi laluan kabel elektrik, ICT dan telefon
Ø Aras siling yang terhad menyebabkan pencahayaan lampu yang tidak optimum dan kipas siling tidak boleh dipasang.
8.
Ulasan JKR Negeri
JKR Selangor melalui keputusan Mesyuarat Penyelarasan Bil. 2/2016 pada 20 September 2016 telah memberi ulasan teknikal struktur, mekanikal dan elektrikal dan ringkasan adalah seperti berikut:
Perkara Ulasan Sistem Pencegahan
Kebakaran)
Tiada lokasi bersesuaian untuk menempatkan tangki air hose reel & pam hose reel Sistem Penyaman
Udara
Hanya sistem VRF yang bersesuaian, namun ruang sisling terhad untuk fabricating ducted & tiada ruang AHU Lampiran
6
9.
Garis Panduan PNM
Berikut adalah spesifikasi standard keluasan bagi kategori perpustakaan yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia: Lampiran
7
BIL JENIS PERPUSTAKAAN
CADANGAN KELUASAN
MPS KPS 1. Perpustakaan Negeri 11,152 120,000 2. Perpustakaan Daerah 5,576 60,000 3. Perpustakaan Cawangan
2,137 23,000 4. Perpustakaan Pekan/Komuniti A
(Bangunan)
1,394 15,000 Perpustakaan Pekan/Komuniti A
(Rumah Kedai)
139- 465
1,500 – 5,000
Perpustakaan Pekan/Komuniti A
(Pusat Beli Belah)
112- 139
1,204 – 1,500
5. Perpustakaan Desa A 139 1,500 Perpustakaan Desa B 121 1,300 Perpustakaan Desa C 93 1,000 10.
Maklumat Umum
1. Daerah Sepang adalah satu-satunya daerah di Negeri Selangor yang tidak mempunyai Perpustakaan Daerah
2. Keluasan Daerah Sepang adalah 61,900 hektar, jumlah penduduk menghampiri 600,000 orang, pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta dan lebih 50 sekolah rendah dan menengah.
3. Berikut adalah perpustakaan yang terdapat di Daerah Sepang:
• Perpustakaan Pekan Sungai Pelek Perpustakaan Desa Kg. Sg. Merab
• Perpustakaan Desa Jenderam Hilir
• Perpustakaan Desa Bukit Bangkong Perpustakaan Desa Bagan Lalang.
• Perpustakaan Desa Kg. Dato’ Ahmad
Razali
• Perpustakaan Desa Hulu Chuchoh
Ringkasan Perpustakaan Di Seluruh Selangor: Daerah
Kategori Perpustakaan Jumlah
Pusat Daerah Cawangan Pekan Desa Bergerak Petaling 1 – – 1 3 3 5 Klang – 1 1 1 4 – 7 Kuala Langat
– 1 – – 9 1 11 Kuala Selangor
– 1 1 1 11 – 14 Sabak Bernam
– 1 – 2 22 1 26 Hulu Langat
– 1 1 3 7 – 12 Hulu Selangor
– 1 – 1 7 – 9 Gombak – 1 1 – 2 – 4 Sepang – – – 1 6 – 7 Jumlah
1
7
4
10
71
5
98
MAKLUMAT TAMBAHAN YANG BERKAITAN:-
1.0 Rancangan pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang merupakan projek bina baru di tapak yang telah diberi milikan oleh oleh Pejabat Tanah & Daerah Sepang PT:4136 dan H.S.(D): 42193, Mukim Dengkel Daerah Sepang yang berkeluasan 7 ekar.
2.0 Lokasi kawasan ini amat strategik dan dikelilingi bangunan mahkamah, sekolah menengah, pangsapuri, perumahan dan rumah kedai. Perancangan awal oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi membina sebuah Perpustakaan Daerah yang berkeluasan 90,000 kps. Anggaran kos bagi pembinaan perpustakaan ini adalah RM36,000,000.00 juta. Ini kerana Daerah Sepang adalah satu-satunya daerah di Selangor yang tidak mempunyai Perpustakaan Daerah.
3.0 Selain permintaan bagi mewujudkan perpustakaan yang amat tinggi, Daerah Sepang juga telah menunjukkan pembangunan yang pesat dengan keluasan 61,900 hektar, jumlah penduduk menghampiri 500,000 orang, pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta dan lebih 50 sekolah rendah dan menengah memerlukan sebuah perpustakaan yang lebih selesa dan sempurna kepada masyarakat.
4.0 Berikut adalah spesifikasi standard keluasan bagi kategori perpustakaan yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia:
BIL JENIS PERPUSTAKAAN CADANGAN KELUASAN MPS KPS 1. Perpustakaan Negeri 11,152 120,000 2. Perpustakaan Daerah 5,576 60,000 3. Perpustakaan Cawangan 2,137 23,000 4. Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Bangunan)
1,394 15,000 Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Rumah Kedai)
139-465 1,500 – 5,000 Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Pusat Beli Belah)
112-139 1,204 -1,500 5. Perpustakaan Desa A 139 1,500 Perpustakaan Desa B 121 1,300 Perpustakaan Desa C 93 1,000 Sumber Rujukan:
Garis Panduan Standard Ruang Lantai Perpustakaan Awam Tahun 2015 oleh Perpustakaan Negara Malaysia
Program Pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11
5.0 Namun begitu, dibawah RMKe11 (2016-2020) telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 6,000,000.00 juta sahaja kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi menyediakan perkhidmatan perpustakaan di Daerah Sepang sebagai tambahan kepada perpustakaan sedia ada iaitu:
- Perpustakaan Pekan Sungai Pelek (telah dinaiktaraf berkonsepkan “rebranding PPAS)
- Perpustakaan Desa Kg. Sg. Merab (telah dinaiktaraf berkonsepkan “rebranding PPAS)
- Perpustakaan Desa Jenderam Hilir ((telah dinaiktaraf berkonsepkan “rebranding PPAS)
- Perpustakaan Desa Bukit Bangkong (telah dinaiktaraf berkonsepkan “rebranding PPAS)
- Perpustakaan Desa Bagan Lalang
- Perpustakaan Desa Kg. Dato’ Ahmad Razali (telah dinaiktaraf berkonsepkan “rebranding PPAS)
- Perpustakaan Desa Hulu Chuchoh (dibawah pengurusan Perpustakaan Negara Malaysia)
6.0 Sehubungan itu, bagi menyokong keperluan di atas dan selaras dengan peruntukan RM 6 juta oleh kerajaan Negeri maka pihak PPAS telah membuat penelitian bagi pembelian 4 lot rumah kedai 4 tingkat di Jalan 4, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang milik Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk diwujudkan perkhidmatan Perpustakaan Cawangan Salak Tinggi, Sepang dengan anggaran kos beli bangunan berjumlah RM 3 juta.
7.0 Pihak PPAS dan PNSB sedang dalam proses untuk memuktamadkan dokumen perjanjian jual beli (sale & purchase) bagi lot-lot bangunan berkenaan.
8.0 Butiran lot adalah sebagaimana berikut:
No. Lot
Area Total 19
‐ 1,474 sq.ft (ground floor)
‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)
6,424 sq.ft/lot
21
‐ 1,474 sq.ft (ground floor)
‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)
6,424 sq.ft/lot
23
‐ 1,474 sq.ft (ground floor)
‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)
6,424 sq.ft/lot
25
‐ 1,474 sq.ft (ground floor)
‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)
6,424 sq.ft/lot
Jumlah
25,696 sq.ft
9.0 Perkhidmatan yang akan disediakan di Perpustakaan Cawangan Salak Tinggi Sepang ini meliputi:
- Koleksi Am
Koleksi buku-buku bacaan yang terkini bagi keperluan semua golongan pembaca meliputi golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.
- Rujukan Dan Penyelidikan
Koleksi buku-buku rujukan, ilmiah yang terkini meliputi juga koleksi CD dan jurnal serta langganan pengkalan data yang bersesuaian untuk penyelidikan
- Internet dan Multimedia
Disediakan juga kemudahan komputer dan wifi bagi melayari internet secara percuma
- Perkhidmatan Kanak-kanak
Disediakan pelbagai buku dan multimedia bagi merangsang pendidikan kanakkanak yang berupa zon kreatif dan edutainment (iaitu gabungan education dan entertainment).
- Koleksi Khas; Industri Penerbangan
Sebagai sebuah negeri yang mempunyai lapangan terbang yang diantara terhebat didunia iaitu KLIA dan KLIA2 maka Perpustakaan Cawangan Sepang ini akan menghimpunkan koleksi-koleksi spesifik berkaitan industri penerbangan dan aeroangkasa.
- Koleksi Khas; warga emas
Koleksi untuk warga emas dan pesara juga akan diberi tumpuan bagi mengekalkan golongan ini menjadi sahabat perpustakaan dan menjadi tempat yang dapat memberikan manfaat kepada mereka untuk tujuan menghabiskan waktu terluang juga menambahkan ilmu keagamaan.
- Koleksi Khas Untuk Kolej, IPTA dan IPTS
Disediakan juga koleksi bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan penyelidikan bagi pelajar kolej dan IPTA serta IPTS yang berhampiran.
- Pusat Siber Rakyat
Sebuah bilik khas yang dilengkapi dengan computer dan multimedia pagi program dan bengkel kemahiran IT dikalangan pengguna.
- Bilik Seminar dan bilik perbincangan
Bilik seminar dan bilik perbincangan adalah untuk kemudahan masyarakat mengadakan program dan aktiviti diperpustakaan.
- Ruang Pertemuan (meeting area)
Disediakan ruang santai bagi membolehkan pengguna membuat pertemuan dan perbincangan perbagai bentuk tugasan dan penyelidikan
- Surau
Sebagai kemudahan kepada pengguna beragama Islam, disediakan surau wanita dan lelaki.
- Kafetaria
Disediakan juga kafetaria sebagai satu kemudahan kepada pengunjung perpustakaan untuk berada diperpustakaan seharian
- Lift
Ini adalah keperluan agar perpustakaan lebih mesra pengguna terutamanya kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan usia emas.
- Fasiliti Untuk Keibubapaan (parenting)
Perpustakaan Cawangan Sepang ini juga akan menyediakan ruangan khas bagi kemudahan ibu dan bayi (nursing room).
- Fasiliti Untuk Orang Kurang Upaya
Fasiliti dalam pelbagai aspek juga akan melihat kepada keperluan golongan OKU dan perpustakaan akan menjadi mesra pengguna kepada golongan istimewa ini.