Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

125) ISU PEMBANGUNAN TAMAN PUTRA PERDANA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenapa proses penilaian oleh JPPH ke atas tanah ini berjalan terlalu lambat dan apakah status terkini proses tersebut?

    PTD Sepang sedang menyelesaikan isu tanah sebelum MOT boleh diperbuat. PNSB akan memberikan kerjasama bagi menyelesaikan masalah tersebut.

     

  2. Kenapa proses penilaian oleh JPPH ke atas tanah ini berjalan terlalu lambat dan apakah status terkini proses tersebut?

    Permohonan diterima untuk maksud Tukar Syarat dari Pejabat Daerah dan Tanah Sepang oleh Tetuan Kenshine Coporation Sdn Bhd dan Permodalan Nasional Berhad (PNSB) di bawah Seksyen 204B Kanun Tanah Negara.

    Permohonan kali pertama melibatkan 7 Plot C,E,F,I,J,K dan L Taman Putra Perdana bertarikh pada 1 April 2019 yang diterima JPPH pada 10 April 2019.

     

    • Nilaian tidak dapat dilaksanakan kerana Pelan Pra Hitungan tidak dibekalkan bersama-sama surat permohonan dan surat memaklumkan penangguhan kes sehingga maklumat dibekalkan dihantar pada 15 April 2019

     

    1. ii) Permohonan kali kedua juga melibatkan 7 Plot C,E,F,I,J,K dan L Taman Putra Perdanan bertarikh 18 Julai 2019 diterima pada 24 Julai 2019.

     

    • Nilaian tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat percanggahan Pelan Pra Hitungan dan senarai pembangunan serta pelan tersebut tiada kelulusan. Permohonan tersebut dikembalikan semula kepada Pejabat Daerah dan Tanah Sepang melalui emel kepada Tuan Kamarulamir bin Kasim, Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Sepang pada 29 Julai 2019.

    iii) Permohonan kali ketiga hanya melibatkan 6 plot sahaja iaitu E,F,I,J,K dan L Taman Putra Perdanan bertarikh 15 November 2019 diterima pada 2 Disember 2019.

    • Sehubungan dengan itu, satu emel telah dihantar kepada pemaju pada 6 Disember 2019 atas arahan Pejabat Tanah yang telah di salinkan kepada Tuan Kamarulamir bin Kasim Penolong Pegawai Daerah PTD Sepang.
    • Emel berkenaan bertujuan untuk mendapatkan kos-kos pembangunan yang terlibat dalam pembangunan Taman Putra Perdana kerana ianya merupakan satu pembangunan yang sangat besar dan komprehensif.
    • Walaubagaimanapun sehingga maklumbalas disediakan, pihak pemaju masih belum menyerahkan kos-kos pembangunan berkenaan.
    • Satu mesyuarat penyelesaian Taman Putra Perdana telah diadakan pada 18 Februari 2020, walaubagaimanapun pihak pemaju dan Permodalan Negeri Selangor Berhad tidak menghadiri mesyuarat berkenaan.
    • Hasil daripada mesyuarat berkenaan JPPH telah diminta untuk menjalankan nilaian tanpa mengambilkira kos-kos pembangunan sebenar dari pihak pemaju.
    • Oleh itu, nilaian akan dijalankan berdasarkan andaian oleh JPPH. Pihak JPPH sedang menjalankan nilaian sepertimana keputusan mesyuarat berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.