Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

170) ISU PEMBANGUNAN PERUMAHAN DI KAWASAN KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bercadang untuk memperketat syarat-syarat kelulusan dan penguatkuasaan bagi pembangunan perumahan di kawasan kampung tradisi di atas tanah sendiri berkeadaan berbukit atau tidak rata bagi mengelakkan banjir lumpur, tanah runtuh atau kerosakan kepada tanah-tanah bersempadan?

    Pihak MPKj akan merujuk terlebih dahulu projek pembangunan yang terlibat dengan kawasan sensitif alam sekitar kepada Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Semtitif Alam Sekitar Negeri Selangor sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan

    Kebenaran Merancang bagi mengelakkan banjir lumpur, tanah runtuh dan sebagainya

  2. Nyatakan syarat-syarat sedia ada.

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.