Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
196) ISU PEMBANGUNAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah peruntukan yang diperuntukkan untuk projek pembangunan di Negeri Selangor berbanding peruntukan penerangan sebanyak 15 juta?
Kerajaan Negeri menganggarkan sebanyak RM 600 juta diperuntukkan bagi projek pembangunan dalam bajet tahun 2011. Anggaran ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM 9.6 juta (1.6%) berbanding projek pembangunan tahun 2010 (RM 590.4 juta). Peruntukan RM 15 juta kepada Penerangan Selangor merupakan 2.5% sahaja daripada keseluruhan bajet pembangunan.
-
Apakah rasionalnya Penubuhan Penerangan Selangor yang dilihat membazirkan wang rakyat sebanyak 15 juta?
Berpegang kepada prinsip bahawa ilmu dan maklumat adalah kunci kepada kewujudan rakyat berilmu dan elemen penting dalam pembangunan modal insan, maka Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk memberikan maklumat yang tepat serta berguna kepada rakyat. Jumlah cukai rakyat Selangor adalah RM 899,410,613.98. Justeru mereka berhak untuk menikmati hasil dalam bentuk informasi ini. Peruntukan RM 15 juta merupakan 1% daripada anggaran keseluruhan bajet Negeri Selangor tahun 2011. Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemah dan amalan membazir adalah amalan masa dulu yang tidak mendapat tempat di dalam pentadbiran sekarang.