Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

30) ISU PEMATUHAN PEMAJU PERUMAHAN TERHADAP UNDANGUNDANG / PERATURAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bercadang melakukan penguatkuasaan yang lebih tegas bagi menjamin pemaju-pemaju mematuhi undang-undang, berikutan banyak kes ketidakpatuhan yang mengakibatkan berlaku kes penganiayaan terhadap pembeli lot, banjir lumpur dan pencemaran sungai

    Sebarang pembangunan pemajuan perlu memperoleh kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah dinilai oleh Jabatan-Jabatan Teknikal di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan seperti Jabatan Pembangunan, Jabatan Penilaian dan Jabatan Perancang. Penguatkuasaan berasaskan perundangan seringkali dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan mahupun Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Walau bagaimanapun, masih terdapat projek-projek yang tidak berlesen dibuat ditapak-tapak tanah pertanian yang berukuran kurang daripada SATU (1) ekar setiap satu. Ianya agak sukar untuk dipantau kerana seringkali urusan tukar syarat tanah tidak dilaksanakan. Kerajaan Negeri melalui pihak Berkuasa Tempatan akan sentiasa memastikan pihak pemaju mematuhi segala syarat Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan (BP) yang telah diluluskan bagi mengelakkan tindakan perundangan dibuat keatas pemaju-pemaju yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan.

  2. Jika ya, nyatakan langkahnya dan jika tidak, apakah rancangan Kerajaan?

    Selain daripada itu, kesedaran pembeli juga perlu memandangkan mereka hendaklah memastikan pemaju berlesen dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui penetapan syarat yang telah ditetapkan. Tindakan perundangan terhadap pemaju-pemaju berlesen boleh dilaksanakan mengikut peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) yang telah memperuntukkan seksyen-seksyen tertentu yang melibatkan penalti kesalahan sekiranya pemaju-pemaju tersebut dengan sengaja ataupun tidak melanggar syarat-syarat yang telah diluluskan. Kesedaran pembeli juga penting kerana kegagalan pembeli mengetahui hak masing-masing bakal menyumbang kepada masalah berhubung pengurusan, kejiranan dan kehidupan sosial pada masa hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.