Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

327) ISU PANGSAPURI TAMAN TELUK GEDUNG INDAH, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu kerosakan bangunan di Pangsapuri Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang?

    Pihak Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPK telah mengadakan taklimat penubuhan JMB di skim pangsapuri Teluk Gedung Indah pada 13.10.2023 bersama Ahli Majlis MPK kawasan berkenaan dan telah mengenalpasti senarai nama pemilik-pemilik unit yang berpotensi untuk dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang baru. Pihak COB juga telah menghantar surat kepada KPKT bagi memohon pembaikan bumbung melalui Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM). Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) untuk mengaktifkan semula JMB skim ini dijangka akan diadakan pada bulan Disember 2023.

  2. Bilakah isu ini akan diselesaikan?

    Bergantung kepada bantuan di bawah skim CERIA bagi peruntukan tahun 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.