Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

17) ISU PANGSAPURI SERI BEREMBANG, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini isu Pangsapuri Seri Berembang, Pelabuhan Klang?

    Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) telah beberapa kali mengadakan mesyuarat pada tahun 2024 bagi membincangkan isu Blok A, B dan C, Pangsapuri Seri Berembang, Pelabuhan Klang yang telah dipengerusikan oleh Y.B. Datuk Borhan Aman Shah, Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor dan turut dihadiri oleh Y.B. Tuan Azmizam bin Zaman Huri, Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Pelabuhan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Pejabat Daerah dan Tanah Klang dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS). Antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat berkenaan adalah :

     

    1. Mengeluarkan Notis mengosongkan kediaman kepada pemilik petak di Blok A, B dan C, Pangsapuri Seri Berembang secara berkala dimana notis berkenaan telah dikeluarkan pada 9 Ogos 2024;

     

    1. Sedang mencari kaedah yang sesuai untuk memindahkan/ menyediakan penempatan sementara bagi penduduk dari Blok A, B dan C;

     

    • Pihak LPHS diminta untuk menjadi urusetia dan penyediaan kertas kerja cadangan penyelesaian Pangsapuri Seri Berembang.
  2. Apakah jalan penyelesaian yang telah disepakati oleh Kerajaan Negeri dan KPKT di dalam isu ini?

    Perbincangan di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan masih lagi berjalan untuk menyelesaikan masalah ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.