Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

10) ISU PANGSAPURI PENDAMAR A

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggunakan peruntukan Skim Ceria bagi membaikpulih Pangsapuri Pendamar A sekiranya peruntukan tidak diluluskan oleh pihak KPKT?

    Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Pendamar A telah menghantar permohonan kerja-kerja membaikpulih bumbung melalui pihak MPK untuk dipanjangkan kepada pihak KPKT di bawah Tabung Penyelenggaraan dan Perumahan Malaysia (TPPM). Walau bagaimanapun pihak Majlis sedia membantu pihak JMB Pendamar A dalam mendapatkan peruntukan bantuan di bawah skim CERIA, LPHS di bawah Kerajaan Negeri. Berikut adalah senarai peruntukan yang diperolehi oleh JMB Pangsapuri Pendamar A ini, iaitu;

    I. Skim Bantuan Baikpulih Negeri Berkebajikan daripada LPHS bagi bantuan 2 unit lif pada tahun 2011.

    II. Bantuan bagi kerja-kerja membaikpulih tangki air jenis gentian kaca di bawah Tabung Penyelenggaraan dan Perumahan Malaysia (TPPM) Negeri Selangor pada tahun 2020.

    III. Bantuan pemasangan CCTV di bawah skim SEROJA 2017.

    Permohonan oleh pihak JMB bagi bantuan kerja-kerja penggantian bumbung, tangki air dan mengecat semula Pangsapuri Pendamar A di bawah Tabung Penyelenggaraan dan Perumahan Malaysia (TPPM) tahun 2022 telah dikemukakan kepada pihak KPKT, namun tidak dipertimbangkan oleh KPKT.

Lampiran

Tiada Lampiran.