Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

226) ISU PALONG YANG UZUR DAN TIDAK DAPAT BERFUNGSI BAIK TERUTAMA DI MUSIM PENANAMAN PADI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Ketika ini di kawasan Sungai Burong lebih memburukkan keadaan terdapat vandalisme dilakukan kepada palong-palong ini sedangkan proses penggantiannya masih belum dijalankan. Bilakah secara spesifiknya rancangan ini akan dilaksanakan?

    JABATAN PERTANIAN

    Cadangan naiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran di Jelapang Padi Selangor hendaklah dilihat secara menyeluruh melibatkan 2 daerah iaitu Kuala Selangor dan Sabak Bernam serta merangkumi 8 skim pengairan bermula di Skim Sawah Sempadan dan berakhir di Skim Bagan Terap.

    Jajaran keseluruhan Sistem Tersier (palong) berjumlah 493km merupakan satu struktur pengairan yg sangat panjang dan kos naiktaraf bagi keseluruhan palong ini dianggarkan berjumlah melebihi RM 341juta. Memandangkan kerja naiktaraf palong ini melibatkan kos pembinaan yang besar maka kerajaan menetapkan pelaksanaan kerja ni perlu dibuat secara berperingkat.

    Bagi daerah Kuala Selangor, projek naik taraf palong telah dimulakan lebih awal di Skim Pengairan Sawah Sempadan di mana 6 tali air (TASS1-TASS6) telah siap dinaiktaraf di bawah projek RMK11.

    Permohonan naiktaraf palong diteruskan di bawah RMK12 bagi baki 6 lagi palong (TASS7-TASS12) yang kemudian diluluskan dalam RMK12-RP3 berjumlah RM12.9juta. Rekabentuk struktur palong baru ini telah ditambahbaik dengan dilengkapi jalan selanggara selebar 8m.

    Walaubagaimanapun projek ini didapati lewat mendapat kelulusan MTES pada tahun 2024 bagi proses pengambilan balik tanah melibatkan penggantian rizab melayu selebar 8m sepanjang jajaran palong tersebut. Proses penggantian masih berjalan dan dijangka dapat diselesaikan pada tahun ini.

    Bagi daerah Sabak Bernam, projek naik taraf palong telah dimulakan pada tahun 2024 di Skim Pengairan Pasir Panjang dgn peruntukan diluluskan berjumlah RM10.25 juta utk skop pengambilan balik tanah.

    Kerajaan meneruskan lagi perancangan menaiktaraf palong di jelapang padi selangor bagi skim-skim pengairan yg lain melalui permohonan baharu di bawah RMK13.

    Bagi daerah Kuala Selangor, permohonan kerja naiktaraf palong di Skim Pengairan Sg Burong telah dimohon pada Januari 2025 di bawah kerajaan persekutuan KPKM berjumlah RM 225 juta melalui agensi pelaksana Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor namun permohonan masih diperingkat pelarasan oleh Bahagian Pengairan Dan Saliran Pertanian, Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan.

     

    JABATAN SALIRAN DAN PENGAIRAN SELANGOR

    Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini penyelenggaraan palong di kawasan Sungai Burong dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Selangor sebagai langkah sementara bagi memastikan fungsinya tidak terjejas. Kerajaan Persekutuan melalui JPS Daerah Kuala Selangor memperuntukkan sebanyak RM200 ribu untuk melaksanakan kerja membaikpulih di kawasan perairan Sungai Burong. Perincian kerja membaik pulih adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Tajuk Kos

    (RM)

    Status
    1. Kerja-Kerja Membaikpulih Struktur Pengairan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di  Kawasan Pengairan Sungai Burong Daerah Kuala Selangor 200,000.00 Dalam proses penyediaan dokumen sebut harga.

     

    Bagi penyelesaian jangka panjang, cadangan menaiktaraf palong sedang diusahakan melalui permohonan peruntukan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) yang meliputi tempoh pelaksanaan antara tahun 2026 hingga 2030. Senarai projek adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Tajuk Kos

    (RM)

    1. Menaiktaraf Sistem Pengairan dan Saliran Pertanian Peket 20 Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kawasan Skim Pengairan Panchang Bedena (Sg. Hj. Dorani) dan Sungai Nipah, Daerah Sabak Bernam, Selangor 14,500,000.00
    2. Menaiktaraf Infrastruktur Pengairan Taliair Tersier Bagi Skim Pengairan Sungai Burong, Mukim Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor, Selangor 225,000,000.00
    3. Menaiktaraf  Infrastruktur Pengairan dan Saliran Pertanian di Skim Pengairan Barat Laut Selangor, Kawasan Pengairan Sekinchan, Selangor 112,200,00.00
    4. Menaiktaraf Infrastruktur Pengairan Taliair Tersier Bagi Skim Pengairan Sawah Sempadan, Mukim Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor, Selangor 70,022,000.00
    5. Menaiktaraf  Infrastruktur Pengairan dan Saliran Pertanian di Skim Pengairan Barat Laut Selangor, Kawasan Pengairan Panchang Bedena, Bagan Terap, Sg. Nipah & Sg. Leman, Daerah Sabak Bernam, Selangor 621,592,970.00
      Jumlah 931,114,970.00

     

    Selain itu, isu vandalisme yang berlaku akan ditangani sebaik sahaja musim menuai berakhir bagi memastikan tindakan pemulihan dapat dilaksanakan secara berkesan tanpa mengganggu aktiviti pertanian. Langkah ini juga bertujuan untuk mengekalkan kecekapan sistem pengairan dalam jangka panjang.

Lampiran

Tiada Lampiran.