Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
117) ISU PAJAKAN TANAH 99 TAHUN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk soalan lepas, jika nilai tanah meningkat,pewaris tanah tidak mampu membayar premium baru bagi melanjutkan pajakan, apakah polisi kerajaan atas situasi ini?
Melalui Pekeliling PTGS Bil 3/2020, pemilik tanah bagi kategori kediaman mendapat pilihan bayaran nominal RM5,000.00 dengan dikenakan kaveat pendaftar.
-
Apakah khidmat rundingan, rayuan boleh diadakan bagi melanjutkan pajakan ini dan adakah pemilikan terlucut setelah tempoh pajakan berakhir?
Tanah-tanah yang telah tamat tempoh pajakan boleh mengemukakan semula permohonan tanah melalui Seksyen 76 Kanun Tanah Negara dan Pihak Berkuasa Negeri akan memberikan pertimbangan semula kepada pemilik tanah.