Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

391) ISU PAIP LAMA DAN TEKANAN AIR YANG RENDAH DI BEBERAPA KAWASAN BATANG KALI

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan paip lama Air Selangor di kawasan Batang Kali dapat ditukarkan dengan kadar segera?

    Kawasan Batang Kali merupakan salah satu kawasan yang terlibat dengan program penggantian paip setiap tahun. Berdasarkan rekod Air Selangor, program penggantian paip di kawasan Batang Kali setakat ini melibatkan jumlah paip usang sepanjang 24.03km. Status bagi program penggantian paip di kawasan Batang Kali adalah seperti senarai berikut:

    Bagi memastikan kelangsungan bekalan air di kawasan Batang Kali, terutamanya bagi kawasan-kawasan yang masih menunggu program penggantian paip, Air Selangor telah melaksanakan zon pengurusan tekanan bagi mengawal tekanan berlebihan, dan seterusnya mengawal jumlah paip bocor dan pecah di kawasan tersebut.

     

  2. Apakah inisiatif kerajaan untuk memastikan tekanan dan bekalan air mencukupi di Kawasan Telipot, Widuri, Bakawali, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Semarak dan Kemboja?

    Beberapa inisiatif telah dilaksanakan untuk memastikan tekanan dan bekalan air mencukupi di kawasan-kawasan berikut:

    Telipot & Bakawali:

    Program penggantian paip sepanjang 0.14km di Jalan Telipot 1A/5 telah dimulakan pada 2023 dan telah siap pada awal tahun 2024.

     

    Jalan Kemboja 4B, Jalan 4B/4, Jalan 4B/5 & Jalan 4B/6: 

    Program penggantian paip sepanjang 1.04km telah diluluskan dan pelantikan kontraktor telah dibuat. Projek ini sedang menunggu kelulusan permit daripada KUSEL.

     

    Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Semarak dan Kemboja:

    Air Selangor dalam proses kajian dan cadangan untuk program penggantian paip di kawasan ini. Zon kawalan tekanan telah dilaksanakan bagi mengekang dan mengurangkan jumlah paip pecah.

     

    Widuri:

    Beberapa blok bertingkat di perumahan tersebut telah mendapat bekalan air daripada sistem yang tidak sempurna berikutan tindakan pihak pemaju yang masih lagi tidak menyiapkan sistem tangki dan sistem pengepaman.

    Sistem bekalan air ke Widuri telah disalurkan melalui pembekalan air sementara (interim water supply). Penyelesaian jangka panjang adalah dengan penyediaan rumah pam dan kolam air serta serahan sistem retikulasi oleh pihak pemaju kepada Air Selangor bagi memastikan tekanan dan bekalan air mencukupi bagi penduduk setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.