Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

172) ISU MRT DAN EKVE (EAST KLANG VALLEY EXPRESSWAY)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Meminta Kerajaan Negeri menjelaskan mekanisme pemantauan ke atas perlaksanaan Projek tersebut bagi memastikan perlaksanaan projek berkenaan tidak mengabaikan kepentingan Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor.

    Berdasarkan peruntukan kuasa yang diberikan, Pihak Berkuasa Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 1/2015 bertarikh 12 Februari 2015 telah membuat ketetapan supaya projek-projek pembangunan infrastruktur seperti pembinaan lebuh raya, LRT, MRT, Rel Berkelajuan Tinggi, Talian Voltan Tinggi, Janakuasa dan lain-lain projek yang berskala besar serta melibatkan implikasi kepada alam sekitar serta penduduk perlu melalui proses rundingan dengan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Perancang Negeri di bawah Seksyen 20(A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Sehubungan dengan itu, tatacara yang digunapakai dalam mempertimbangkan dan meluluskan pembinaan lebuh raya di Selangor selepas tarikh tersebut dibuat melalui proses rundingan dengan Kerajaan Negeri selaras dengan peruntukan Seksyen 20(A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

    Oleh yang demikian, semua projek pengangkutan awam dan lebuh raya oleh Kerajaan Persekutuan seperti projek MRT dan EKVE yang melibatkan pelaksanaan di Negeri Selangor perlu mematuhi syarat dan peraturan yang diguna pakai semua Jabatan dan agensi kerajaan di Negeri Selangor seperti Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar (DEIA) dan Kajian Impak Sosial (SIA) oleh Jabatan Alam Sekitar dan proses kelulusan yang ketat bagi Pengesahan Pelan Rundingan, Pelan Susunatur dan Pelan Bangunan oleh pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Selangor, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan serta jabatan-jabatan teknikal yang lain.

    Antara perkara-perkara yang diambil kira dalam rundingan adalah seperti berikut:

     

    • Jajaran laluan atau lokasi kemudahan yang mengambilkira faktor zoning, guna tanah, koridor pembangunan, penjanaan ekonomi, kemudahsampaian, kesan kepada alam sekitar, kesan sosial dan pemilikan tanah; dan

     

    • Pematuhan kepada dasar, peruntukan akta, garis panduan, peraturan dan syarat-syarat teknikal semasa perancangan dan pelaksanaan projek.

     

    • Selain itu, Jawatankuasa Pemantauan Peringkat Negeri juga telah ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan projek lebuh raya agar tidak mengabaikan kepentingan Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor. Bagi projek MRT pula dipantau melalui mesyuarat penyelarasan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) selaku penyelaras Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor.
  2. Apakah bentuk bantuan daripada pihak terbabit sekiranya berlaku kerosakan harta benda, seperti misalnya rumah-rumah retak dan lain-lain?

    Bentuk bantuan daripada pihak terbabit iaitu MRT Corp dan EKVESB sekiranya berlaku kerosakan harta benda adalah seperti berikut:

     

    • Bagi projek yang melibatkan implikasi kepada alam sekitar serta penduduk, Kerajaan Negeri akan memastikan pemaju projek untuk menitikberatkan faktor keselamatan dan kesejahteraan orang ramai sekiranya berlaku kerosakan harta benda mahupun impak sosial yang lain, ketika pembinaan projek

     

    • Bagi projek MRT, MRT Corp. akan memastikan usaha yang sesuai akan diambil supaya impak kerja-kerja pembinaan terhadap kawasan persekitaran dapat diminimakan. Dari segi harta benda yang berada berdekatan dengan kawasan pembinaan, pihak MRT akan menjalankan kajian pra-pembinaan (pre-construction survey) dan membuat inventori bagi merekodkan harta benda dan keadaan sedia ada struktur bangunan berkenaan sebagai rujukan. Jika berlaku sebarang kerosakan yang tidak dapat dielakkan semasa kerja-kerja pembinaan MRT, pihak MRT akan membaik pulih kerosakan berkenaan dengan persetujuan pemilik sekiranya siasatan mendapati kerosakan itu disebabkan oleh projek MRT. Dalam keadaan tertentu di mana penghuni-penghuni harta atau kemudahan yang berdekatan dengan tapak pembinaan didapati perlu dipindahkan sementara sebagai langkah keselamatan, pihak MRT akan menguruskan perpindahan dan menanggung kos-kos

     

    • Secara dasarnya, pihak MRT Corp. akan membaik pulih harta benda yang terlibat berdasarkan keadaan sedia ada sebelum kerosakan berlaku dan menampung kos perpindahan ke unit kediaman atau kemudahan sementara yang setara dengan kediaman atau kemudahan yang

     

    • Bagi projek EKVE, pihak konsesi EKVESB telah menjalankan dilapidation survey bagi kawasan-kawasan yang dikategorikan sebagai sensitif sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan di tapak. Dilapidation survey berkenaan akan dijadikan sebagai rekod atau rujukan sekiranya berlaku sebarang kerosakan kepada harta benda individu/awam/pihak ketiga. Sekiranya terdapat aduan kerosakan, prosedur semakan dan pemeriksaan akan dilaksanakan dengan sewajarnya di mana dilapidation survey akan dijadikan sebagai baseline. Jika kerosakan adalah disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan lebuh raya, maka kerja-kerja pembaikan akan dicadangkan untuk diterima pakai oleh pengadu sebelum pembaikan

     

    • Untuk makluman YB, pihak EKVESB dan konsesi lebuh raya yang lain juga mempunyai perlindungan insurans di mana tuntutan boleh dibuat melalui EKVE ataupun agensi pemantauan sekiranya kerosakan harta benda adalah disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan lebuh

Lampiran

Tiada Lampiran.