Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

173) ISU MISSING LINK DI KAWASAN JALAN PUTERA PERMAI SERI KEMBANGAN DUN SERI SERDANG

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kawasan ini padat dengan penduduk. Missing link dikawasan ini adalah satu keperluan. Apakah usaha kerajaan untuk membina missing link bagi kemudahan penduduk di kawasan ini?

    MBSJ

    Laporan kajian lalulintas dan pengangkutan jalan yang telah dilaksanakan oleh pihak Mag Tech pada November 2014 telah mengambilkira beberapa missing link di dalam kawasan puchong, antaranya :

    1. Jalan LEP ke Desaminium
    2. Jalan Desaminium ke Jalan Bulatan Persiaran Lestari Perdana
    3. Jalan Desaminium ke Taman Desaminium
    4. Jalan di Taman Dato’ Demang

    Syarat bagi perkara i dan iii telah disyarat kan kepada pemaju seperti berikut sewaktu pembentangan taklimat TIA bagi cadangan pembangunan mereka :

    1. Pemaju Esplanade Parkcity Sdn. Bhd -Taklimat TIA bagi pembangunan mereka di Persiaran Lestari Putra telah diadakan pada 25 Julai 2023
    2. Pemaju Josu Development Sdn. Bhd -Taklimat TIA bagi pembangunan mereka di Persiaran Lestari Puchong telah diadakan pada 31 Julai 2023

    Walaubagaimanapun, kedua-dua pemaju belum mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang kepada pihak Majlis untuk dimasukkan syarat dalam Borang C1.

    Bagi perkara III syarat asal pembinaan jalan adalah dibawah Pemaju Desaminium yang bermasalah.

    Bagi perkara IV pembinaan jalan tersebut akan dilaksanakan oleh Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Pemaju asal adalah Basco Sdn. Bhd.) berserentak dengan pembangunan mereka bagi   Pangsapuri  Selangorku RSKU Jenis E.

    Memandangkan perlaksanaan missing link dibawah tanggungjawab pemaju masih tidak dapat dilaksanakan, pihak Majlis telah mengambil langkah awal dengan membentangkan satu kertas mesyuarat bagi cadangan kajian kebolehlaksanaan missing link daripada persiaran lestari puchong ke persiaran lestari perdana 5 melalui persiaran arif di taman desaminium dalam mesyuarat wang amah bil 01/2025 pada 22/1/2025 dan cadangan ini juga telah dibawa ke mesyuarat jawatankuasa infrastruktur dan kemudaham awam bil2/2025 untuk cadangan perlaksanaan projek tersebut.

    JKR

    Bagi mengatasi masalah kesesakan di sepanjang Jalan Putra Permai (FT3215) ini, Kementerian Ekonomi telah meluluskan Projek Kerja Awalan Menaik Taraf Jalan Putra Permai (FT3215) Daripada Persimpangan Prima Tropika/Lestari Perdana Sehingga KM4.0 Petaling, Selangor. Projek ini telah diluluskan melalui Rolling Plan ke-4 2024 (RP4) Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMK-12).

    Skop kerja awalan projek yang diluluskan adalah seperti berikut:

    a) Kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan utiliti;

    b) Kerja siasatan tapak;

    c) Pengambilan tanah;

    d) Environmental Impact Assessment;

    e) Traffic Impact Assessment;

    f) Pavement Evaluation; dan

    g) Pelantikan Perunding rekabentuk struktur.

    Permohonan projek fizikal dengan objektif utama untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jalan Putra Permai (FT3215) ini akan diangkat dalam RMKe-13 untuk kelulusan setelah kerja-kerja awalan siap dilaksanakan dalam jangkaan tempoh 2 tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.