Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
343) ISU LANDSKAP
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan PBT untuk memastikan landskap dikawasan PBT sentiasa terjaga dan tidak terbiar dan terurus secara khususnya di kawasan DUN Dengkil?
Untuk makluman, jalan di kawasan DUN Dengkil dibawah seliaan pihak JKR Sepang. Walau bagaimanapun, MPSepang telah mengambil inisiatif untuk menyelenggara secara ‘inhouse’ landskap sedia ada di sepanjang laluan di kawasan tersebut.
-
Apakah usaha yang dijalankan untuk memastikan pokok-pokok besar di kawasan DUN Dengkil yang membahayakan ditebang dan juga diselenggara bagi mengelakkan kemalangan jiwa?
MPSepang telah melakukan pemantauan bagi mengenalpasti pokok-pokok yang berisiko di sekitar DUN Dengkil. Untuk makluman, kerja-kerja penyelenggaraan dibuat secara CSR atas dasar keselamatan awam walaupun ianya bukan dibawah tanggungjawab Majlis. Kerja-kerja ini dilakukan dengan kekerapan sekurang-kurangnyanya 2 kali setahun dan dalam tempoh terdekat pihak MPSepang akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pokok berisiko di jalan negeri (B11) pertengahan November 2024.