Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

112) ISU LAMPU JALAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerosakan lampu jalan membahayakan penduduk, apakah tindakan pihak berkaitan bagi memeriksa, menyelenggara dan membaiki lampu jalan?

    Senggaraan dan pembaikan lampu jalan telah dilaksanakan mengikut peruntukan yang telah diluluskan sama ada secara rutin atau one-off.

    Bagi jalan-jalan negeri yang diselia oleh JKR, rondaan dan senggaraan pembaikan bagi lampu jalan dilaksanakan secara rutin melalui Kontraktor Konsesi Kontrak Jangka Panjang (KJP). Bagi jalan-jalan persekutuan yang diselia oleh JKR, rondaan dan senggaraan sebanyak 3 kali seminggu dilaksanakan secara Jabatan.

  2. Kemalangan mengakibatkan kematian telah berlaku kerana kawasan terbabit sangat gelap akibat ketiadaan lampu jalan. Apakah perancangan pihak berkenaan bagi memasang lampu jalan di Kuang?

    Permohonan lokasi pemasangan lampu jalan di jalan gelap di bawah seliaan JKR boleh dimohon melalui Pejabat Jurutera Daerah berkenaan untuk disemak dan disahkan keperluan pemasangan tersebut.

    Sekiranya disahkan terdapat keperluan untuk pemasangan baru lampu jalan di kawasan tersebut, permohonan peruntukan pemasangan akan dimajukan untuk kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.